Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera Sebanyak RM100 Sekarang
Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera ini dikhususkan kepada para ibu tunggal yang menjaga anak-anak mereka sendirian tanpa kehadiran suami di sisi. Diharapkan agar bantuan ini membantu ibu tunggal sedemikian serba sedikit. Baca artikel ini untuk ketahui cara memohon.
Isi Kandungan
Ibu Tunggal
Secara ringkasannya, ibu tunggal merupakan golongan wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Akan tetapi, ibu itu membesarkan dan mendidik anak-anaknya secara sendirian kerana tiada kehadiran si suami di sisi. Antaranya adalah disebabkan perceraian atau kematian si suami. Tidak kisahlah si ibu menjaga seorang anak, dua orang anak atau lebih, mereka masih dianggap sebagai ibu tunggal.
Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera
Maka dengan itu, ibu tunggal yang berdaftar SPR di negeri Pulau Pinang boleh membuat permohonan bantuan ini. Bantuan ini diharapkan agar mampu memberi sokongan kepada si ibu tunggal tersebut.
Syarat Permohonan Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera
Syarat yang diperlukan untuk memenuhi kriteria permohonan adalah:
- Pemohon si ibu tunggal mestilah berwarganegara Malaysia.
- Berdaftar sebagai pengundi yang sah di Negeri Pulau Pinang sahaja.
- Pemohon sudah kematian suami/perceraian/ditinggalkan.
- Pemohon adalah berumur tidak melebihi 60 tahun.
- Pemohon tidak berkahwin semula semasa membuat permohonan.
- Pemohon diminta membuat makluman kepada Pejabat Daerah sekiranya berkahwin semula.
Cara Membuat Pendaftaran
Ikuti langkah di bawah untuk membuat permohonan bantuan ibu tunggal iSejahtera ini:
- LANGKAH PERTAMA: Layari laman web utama iSejahtera untuk membuat pendaftaran.
- LANGKAH KEDUA: Di paparan utama, tekan ikon “Semakan Status dan Permohonan Baru”. Anda diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan anda.
- LANGKAH KETIGA: Di paparan seterusnya, anda perlu memilih kadun mengundi dan jenis program penghargaan yang anda ingin mohon. Ini bagi memastikan mereka yang layak sahaja boleh membuat permohonan.
- LANGKAH KEEMPAT: Masukkan segala maklumat yang diminta di ruang borang permohonan ini. Setelah selesai, klik butang “Simpan dan seterusnya”.
- LANGKAH KELIMA: Apabila selesai permohonan, anda perlu menekan butang “Akuan Permohonan”. Anda akan menerima notifikasi apabila permohonan berjaya dihantar.
- LANGKAH KEENAM: Klik pada butang semakan permohonan dan muat turun borang permohonan yang telah diisi. Borang ini perlulah di bawah ke Pejabat KADUN atau Pejabat Daerah untuk proses seterusnya. Bawa juga dokumen lain yang berkaitan.
Dokumen Wajib yang Diperlukan
PERKARA |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk mendapatkan salinan semakan daftar SPR, anda boleh ikuti langkah di bawah:
- Buka laman web rasmi Semakan Daftar Pemilih SPR. Klik di sini.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda yang sah tanpa sebarang jarak.
- Isikan kod “Captcha” yang tertera.
- Tekan butang “Semak”.
- Anda akan menerima paparan yang diperlukan.
- Muat turun paparan skrin anda untuk dijadikan sebagai dokumen penting permohonan.
Cara Membuat Semakan
Terdapar 2 cara untuk membuat semakan bantuan ibu tunggal iSejahtera ini. Ikuti langkah di bawah untuk membuat semakan permohonan.
CARA PERTAMA: Semakan melalui laman web iSejahtera.
- Layari laman utama iSejahtera dan log masuk.
- Klik pada butang “Semakan Permohonan” yang terpapar pada laman utama skrin anda.
- Anda dapat melihat status permohonan anda yang terkini.
CARA KEDUA: Menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang.
- Nombor telefon: 04-650 5699/04-560 5700, ATAU
- Pejabat Daerah & Tanah masing-masing.
*NOTIS:
Selain daripada bantuan ibu tunggal iSejahtera ini juga, anda boleh membuat permohonan bagi Bantuan Zakat PKP Mengikut Negeri, Bantuan Kematian Covid-19 dan Bantuan Makanan MyDIN.
Jumlah Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera
Pemohon yang lulus bantuan ini akan menerima sejumlah wang sebanyak RM100 yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda daftarkan semasa membuat permohonan. Bantuan ini adalah satu tahun sekali sahaja. Jikalau ibu tunggal ini meninggal dunia, sumbangan akan diberikan kepada waris ibu tunggal yang layak sebanyak RM1000 secara one-off.
iSejahtera
iSejahtera merupakan antara salah satu medium yang penting dan berguna untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Pulau Pinang sahaja. Melalui laman web ini, penduduk Pulau Pinang yang menepati syarat dan kriteria yang disenaraikan layak untuk membuat permohonan bagi mana-mana bantuan atau program yang berkaitan.
Senarai Program Kebajikan
Selain daripada bantuan ibu tunggal iSejahtera, terdapat juga beberapa program kebajikan lain yang disediakan, seperti:
- Penghargaan Warga Emas
SYARAT |
1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun dan ke atas untuk membuat permohonan. |
2. Mestilah menjadi pengundi SPR yang berdaftar di negeri Pulau Pinang sahaja. |
3. Permohonan mestilah menggunakan maklumat yang betul dan sah. |
- Bantuan OKU
SYARAT |
1. Mestilah berwarganegara Malaysia dan bermastautin di negeri Pulau Pinang sahaja. |
2.Pemohon berumur 60 dan ke bawah semasa membuat permohonan ini. |
3.Pemohon mestilah sudah seorang OKU yang telah berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. |
- Ibu Emas
SYARAT |
1.Mestilah berwarganegara Malaysia dan telah atau sedang berumahtangga. |
2.Pemohon tiada pendapatan tetap atau tidak bekerja sama sekali/suri rumah. |
3.Mestilah berumur 60 tahun ke bawah. |
- Anak Emas
SYARAT |
1.Anak itu mestilah berwarganegara Malaysia sahaja. |
2.Berumur kurang 2 tahun daripada tarikh asal kelahiran. |
3.Ibu bapa kepada si anak yang membuat permohonan mestilah menjadi pengundi berdaftar yang sah di negeri Pulau Pinang. |
Saluran Untuk Menghubungi
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan ibu tunggal iSejahtera ini, anda boleh menghubungi terus pihak petugas melalui saluran di bawah:
- Pejabat Masyarakat Penyayang
- 04-650 5699
- Daerah
- DAERAH TIMUR LAUT: 04-650 5538
- DAERAH BARAT DAYA: 04-868 9414 / 04-868 9421
- SEBERANG PERAI UTARA: 04-577 6571 / 04-577 65712
- SEBERANG PERAI TENGAH: 04-548 8888 / 04-548 8861
- SEBERANG PERAI SELATAN: 04-585 7872
- Kawasan Dewan Undangan Negeri(KADUN)
- Membuat Aduan atau Laporan.
- Anda boleh menekan link di sini.
- Dapatkan juga senarai nombor untuk dihubungi di laman web ini.
Manual Pengguna iSejahtera
Berikut disertakan manual pengguna bagi sistem atas talian iSejahtera. Dengan manual pengguna ini, anda boleh membaca dan dapatkan maklumat atau langkah yang tidak pasti. Moga-moga membantu.
Soalan Lazim
Saya merupakan penduduk negeri Kedah, tetapi tinggal di Pulau Pinang. Adakah saya boleh membuat permohonan?
- Anda perlu memastikan anda bermastautin di negeri Pulau Pinang dan berdaftar SPR di negeri Pulau Pinang.
Saya mempunyai seorang anak dan kematian si suami. Adakah layak saya membuat permohonan?
- Ya, anda layak membuat permohonan bantuan ibu tunggal iSejahtera ini.
Berapakah jumlah yang akan diberikan kepada pemohon yang berjaya?
- Mana-mana ibu tunggal yang lulus menerima bantuan ini akan mendapat sejumlah wang sebanyak RM100. Mana-mana kematian ibu tunggal, sebanyak RM1000 akan diberikan kepada waris.
Bagaimanakah duit bantuan ini akan diberikan?
- Semasa membuat permohonan, pemohon mestilah memilih sama ada bayaran secara ke dalam akaun bank atau secara tunai.
Buat Permohonan Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera Sekarang
Diharapkan agar perkongsian artikel pada kali ini berkaitan bantuan ibu tunggal iSejahtera menjadi berita baik kepada para ibu tunggal yang berada di negara Malaysia ini. Sesungguhnya, kuatkanlah semangat anda lagi-lagi yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Moga-moga anda menjadi idola buat anak-anak anda. Usahlah berhenti menjaga mereka dengan penuh keikhlasan. Didiklah mereka supaya menjadi insan berguna.
Sesungguhnya, masih ramai dalam kalangan kita yang lebih berat ujian mereka. Bertabahlah, nanti akan ada sinar buat anda sekeluarga.