Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2023 (BAIK) Fasa 2 Kini Dibuka
Bantuan Ihsan Komputer 2023 atau program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kini telah dibuka kembali.
Bantuan ini pada asasnya melibatkan pemberian komputer riba (laptop) secara percuma kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dari Negeri Sabah yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Program BAIK ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang dimulakan sejak tahun 2021 dan diteruskan pada tahun 2022.
Program ini melibatkan para pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Perlaksanaan inisiatif Fasa 1 yang dijalankan pada tahun lepas melibatkan peruntukan sehingga RM15 juta dan mampu memberikan manfaat kepada 10,000 orang pelajar.
Pelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon bantuan yang disediakan ini.
Menyedari akan manfaat dan kepentingan program BAIK ini, maka inisiatif ini diteruskan lagi pada tahun 2023 ini.
Isi Kandungan
Bantuan Ihsan Komputer 2023
Kerajaan negeri Sabah kini menawarkan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi tahun 2023 untuk pelajar dari negeri tersebut yang sedang menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
BAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2023
Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
- Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kaslh.
- Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.
Cara Memohon Bantuan Ihsan Komputer 2023
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal BAIK atau secara manual.
Permohonan hendaklah dibuat secara lengkap dan pemohon hendaklah memberikan maklumat yang benar serta tepat.
Pemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti dibawah untuk memohon secara online iaitu:
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Portal Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah.
- Baca poster yang dipaparkan untuk memastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan Bantuan Ihsan Komputer 2023 ini.
- Pada bahagian bawah halaman tersebut, klik pada butang “Permohonan”.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas seperti di alamat di bawah:
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Jabatan ketua Menteri
Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu,
8840 Kota Kinabalu, Sabah
Dokumen Yang Diperlukan
Calon juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut:
- Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
- Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa.
- Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA / IPTS.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer 2023 ini, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897 atau layari laman web Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah dan semoga perkongsian tentang bantuan ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.