Bantuan IPT MAIDAM Fasa Ke-2 Bagi Tahun 2024
Berikut dikongsikan mengenai Bantuan IPT MAIDAM yang kini sedang dibuka untuk pelajar-pelajar yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan IPT MAIDAM
Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) kini telah membuka permohonan Bantuan IPT Fasa Ke-2 kepada pelajar-pelajar yang layak bagi tahun 2024.
Objektif permohonan tersebut dibuka adalah untuk
- Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
- Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
- Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.
Kaedah Bayaran Bantuan
Bantuan IPT MAIDAM ini akan disalurkan terus kepada pelajar berkenaan yang layak secara EFT / cara lain yang bersesuaian.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat kelayakan permohonan Bantuan IPT MAIDAM ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dan ibu bapa / penjaga adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran ATAU pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, telah baligh dan berakal.
- Pelajar adalah seorang yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta dalam dan luar negara yang layak diberi bantuan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan.
- Pemohon layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
- Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua cara pun ketika dalam tempoh pengajian yang diperakui oleh pihak berwajib.
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Bantuan IPT MAIDAM kini dibuka dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada portal Yayasan Pendidikan MAIDAM melalui pautan berikut:
>>>Permohonan Bantuan IPT MAIDAM Tahun 2024<<<
Untuk makluman, permohonan ini boleh dibuat sehingga 31 Ogos 2024 Sabtu).
Dokumen Sokongan
Senarai dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama permohonan Bantuan IPT MAIDAM ini adalah seperti berikut:
- Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu / Jabatan Penuntut Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia / mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tentang status terkini pelajar untuk luar negara ATAU dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang mengandungi maklumat berikut:
- Bidang pengajian;
- Tahun pengajian;
- Pinjaman / pembiayaan semasa;
- Keputusan peperiksaan; dan
- Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar / penangguhan semester.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga dan adik beradik dalam tanggungan (untuk permohonan kali pertama sahaja / tambahan tanggungan).
- Salinan Slip Gaji ibu dan bapa / penjaga atau Akuan Pendapatan Bulanan (bagi yang bekerja sendiri / pesara swasta) / Penyata Pencen / Kad Pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini.
- Keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa pengajian untuk pelajar dalam dan luar negara.
- Surat Pengesahan Mastautin Terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
- Slip Permohonan dan Surat Mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat / Pengerusi Masjid / Ketua Kampung / Penghulu.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Berhenti Sekolah / Sijil-Sijil Berkaitan (untuk permohonan kali pertama sahaja).
- Salinan Sijil Kematian / Siji Penceraian ibu bapa (jika berkenaan).
- Lain-Lain Dokumen yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Bantuan IPT MAIDAM ini, sila rujuk portal rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!