Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mohon Sekarang Bantuan IPT Sehingga RM2,000

Bantuan IPT buat seluruh pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari negeri Terengganu diperuntukkan sehingga maksimun RM2000.

Mohon Sekarang Bantuan IPT Sehingga RM2,000 1

Bantuan yang diberikan dari Majlis Agama Islam dan Adat melayu Terengganu (MAIDAM) menerusi Yayasan Pendidikan MAIDAM itu sekarang telah dibuka permohonan pada semua calon yang layak.

bantuan ipt terengganu

Isi Kandungan

Bantuan IPT Dari Yayasan Pendidikan MAIDAM

Objektif Bantuan IPT

Antara objektif utama bantuan IPT ini ditawarkan adalah:

  1. Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
  2. Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  3. Membuktikan keprihatinan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

Syarat Umum

  1. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka
  3. Pemohon adalah seorang yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam atau swasta dalam dan luar negara.
  4. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  5. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
  6. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  7. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana- mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  8. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.

bantuan ipt terengganu

Syarat Khusus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Antara syarat khusus bantuan ipt ini pula ialah:

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
  2. Para pelajar di bawah kategori sinf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG).
  3. Para pelajar di bawah kategori sinf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa.
  4. Kadar bantuan bagi Bantuan Am adalah seperti berikut:
  • Diploma = RM800
  • Ijazah Sarjana Muda = RM1000

Syarat Khusus Sijil, Sarjana dan PHD

  1. Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.
  2. Hanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori sinf miskin sahaja.
  3. Tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan- badan pembiaya bantuan lain.
  4. Kadar Bantuan Am adalah seperti berikut:
  • Sijil = RM600
  • Sarjana = RM1500
  • PHD = RM2000

Mohon Sekarang Bantuan IPT Sehingga RM2,000 2

Dokumen Diperlukan

Antara yang perlu disediakan oleh pemohon bantuan IPT ini adalah dokumen seperti berikut:

  1. Surat tawaran belajar yang rasmi
  2. Surat Pengesahan tahun semasa dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu/ Jabatan Penuntut Malaysia/ Kedutaan Besar Malaysia/ mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh YPM bagi pelajar luar negara.
  3. Surat Pengesahan tahun semasa dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi pelajar dalam negara untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  4. Surat Pengesahan tiada tajaan / pinjaman / elaun pengajian bagi tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk peringkat pengajian Sijil, Master dan PhD.
  5. Salinan keputusan peperiksaan semester pertama tahun semasa pengajian yang telah disahkan oleh Hal Ehwal Akademik (HEA).
  6. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  7. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
  8. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
  9. Salinan akuan pendapatan pemohon bagi pemohon bagi peringkat pengajian Sarjana dan PHD.
  10. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  11. Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
  12. Slip permohonan.

Cara Memohon

Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, boleh memohon dengan mengikuti langkah seperti berikut:

  1. Pergi ke website – Yayasan Pendidikan MAIDAM
  2. Klik – Permohonan Zakat Pendidikan
  3. Baca semua garis panduan di SINI
  4. Mula mendaftar di SINI

Mohon Sekarang Bantuan IPT Sehingga RM2,000 3

Penutup

Jika terdapat sebarang persoalan atau kekeliruan tentang Bantuan IPT Yayasan MAIDAM ini, boleh terus ke Yayasan MAIDAM berhubung menerusi:

  • Alamat Yayasan MAIDAM: Lot 9 & 10, Tingkat 1,Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, Bandar, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
  • No. Tel : 09-6223500 / 09-6225600 / 011-26612500

Bagi semua rakyat Malaysia yang masih bersekolah, jangan sedih kerana kerajaan telah pun memberikan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua pelajar bermula sejak pertengahan Januari lagi kan. Semoga semua bantuan ini mampu meringankan beban dan digunakan untuk membeli segala peralatan persekolahan dan IPT pelajar.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More