Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 akan diperluaskan selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198.

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong penerima bantuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 untuk makluman bersama dan untuk mereka yang memerlukan.

Isi Kandungan

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 Akan Diperluaskan

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 yang disalurkan oleh JKM akan melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 450 ribu rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan OKU.

Justeru, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa syarat kelayakan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 diperluas selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan.

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

Skim bantuan kebajikan diwujudkan untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar dari segi pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Seperti yang kita semua sedia maklum, objektif pemberian bantuan JKM adalah untuk

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti / masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

Jenis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

Terdapat 11 jenis Skim eBantuan JKM atau Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Borang permohonan yang berkaitan adalah seperti berikut:

>>>JKM 18 Borang Permohonan Bantuan<<<

>>>JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan<<<

  • Permohonan Bantuan JKM juga boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKM di pautan berikut:

 

>>>Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024<<<

  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat secara atas talian (online). Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
  • Sila bawa dokumen tersebut semasa hadir ke pejabat iaitu:
    1. Salinan MyKad / Kad Pengenalan Pemohon.
    2. Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
    3. Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU).
    4. Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
    5. Salah satu Bil Utiliti (air / elektik / telefon / astro).
    6. Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 ini, anda boleh melayari portal rasmi eBantuan JKM atau menghubungi JKM melalui saluran berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Diharapkan info terkini tentang permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya bagi mereka yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More