Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM 2021
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan satu skim bantuan yang dinamakan Bantuan Kanak-Kanak JKM bagi membantu kanak-kanak di Malaysia yang tidak berkemampuan . Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu keluarga atau penjaga kanak-kanak atau membantu kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelansungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Disamping itu juga, Bantuan Kanak-Kanak JKM ini juga adalah untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Isi Kandungan
Kadar Bantuan
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Kriteria Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
ATAU - Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM
Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.
i) Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM 2021 Online
- Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
- Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
- Tekan butang Daftar.
- Isikan makluman lain yang berkaitan.
- Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
ii) Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual (Pejabat JKM)
Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.
Borang Permohonan Bantuan JKM
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Menarik untuk dibaca: PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT SPNB ONLINE