Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 telah diumumkan Kerajaan Negeri Johor dan bakal memberi manfaat kepada 369 juta rakyat Johor dengan peruntukan sebanyak RM144.36 juta. Bantuan ini bakal dilaksanakan untuk pelbagai lapisan rakyat negeri Johor menjelang Aidilfitri nanti.
Nota Penting: Latar Belakang Gambar Feature di atas adalah sumber daripada Unsplash oleh Eldines Hoo
Isi Kandungan
Apakah Itu Bantuan Kasih Bangsa Johor?
Bantuan Kasih Bangsa Johor adalah satu bentuk insentif khas yang merangkumi 28 inisiatif khusus untuk rakyat negeri Johor, sebagai satu tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri. Insentif bantuan ini telah diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu sidang media pengumuman khas Bantuan Kasih Bangsa Johor hari ini di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. (Sumber: BERNAMA)
Menurut beliau, kerajaan negeri sedar akan keadaan terkini rakyat yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam norma baharu, dan masih ramai yang memerlukan bantuan dan sokongan. Justeru, kerajaan negeri dalam usaha untuk membantu telah mewujudkan Bantuan Kasih Bangsa Johor ini yang terbahagi kepada 5 kategori insentif iaitu kemasyarakatan, kebajikan, orang muda Johor, pendidikan dan ekonomi.
Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Kasih Bangsa Johor
Berapakah Peruntukan Untuk Bantuan Kasih Bangsa Johor?
Bantuan Kasih Bangsa Johor melibatkan peruntukan sebanyak RM144.36 juta, yang bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat negeri Johor.
Bilakah Bantuan Akan Mula Dilaksana?
Menurut Menteri Besar Johor, Bantuan Kasih Bangsa Johor akan mula diterima golongan yang berkenaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, oleh kerana faktor masa, kemungkinan akan ada bantuan yang diterima sejurus selepas hari raya. Kerajaan negeri akan cuba menyegerakan bantuan-bantuan di bawah insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor ini.
Apakah Jenis Bantuan Yang Tersenarai Di Bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor?
Ada 28 inisiatif di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor ini, yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat Johor antaranya:
- Bantuan Khas Aidilfitri kepada golongan fakir dan miskin
- Bantuan kepada anak-anak yatim kerana kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
- Pengecualian sewa rumah PPR
- Pengecualian sewa rumah kerajaan
- Bantuan RM300 kepada 11,790 pekerja ekonomi gig, pemandu teksi, e-hailing, penghantar makanan; 2,400 pemandu bas awam dan bas ekspres; dan 11,267 nelayan berdaftar dengan Jabatan Perikanan
- Bantuan RM2,000 kepada 98 operator hotel bajet dan 98 agensi pelancongan
- Bantuan RM1,000 untuk 635 pemandu pelancong, 386 pengusaha homestay dan 82 pengusaha bot pelancongan
Senarai Inisiatif Di Bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor
Di bawah ini kami senaraikan dan perincikan setiap satu inisiatif di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor:
Bantuan Beras Bangsa Johor
Siapa Akan Menerimanya?
Setiap ketua isi rumah di negeri Johor (anggaran 903,000 orang ketua isi rumah)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
10kg Beras
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM23.67 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di talian 07-2666526 atau Pejabat Daerah berdekatan anda untuk maklumat lanjut
Bantuan Pekerja Ekonomi Gig
Siapa Akan Menerimanya?
Pekerja ekonomi gig : Pemandu teksi, E-hailing dan Penghantar makanan (11,790 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap seorang
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM3.54 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor di talian 07-5225400 untuk maklumat lanjut
Bantuan Pemandu Bas
Siapa Akan Menerimanya?
Pemandu bas awam dan bas ekspres yang berdaftar dengan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (2,400 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap seorang
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM720,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor di talian 07-5225400 untuk maklumat lanjut
Bantuan Nelayan
Siapa Akan Menerimanya?
Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia (11,267 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap seorang
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM3.38 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talian 07-2244079 untuk maklumat lanjut
Bantuan Imarah Masjid dan Surau
Siapa Akan Menerimanya?
Imam, bilal, noja, kariah serta penggerak masjid dan penyelia Al-Quran (4,590 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap seorang
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM2.3 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282900 untuk maklumat lanjut
Bantuan Ketua Kampung
Siapa Akan Menerimanya?
Ketua-ketua kampung di negeri Johor (627 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap seorang
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM314,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan di talian 07-2666070 untuk maklumat lanjut
Bantuan Geran Persatuan Veteran ATM Johor
Siapa Akan Menerimanya?
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Johor
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM120,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM120,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Pejabat Menteri Besar Johor di talian 07-2666355 untuk maklumat lanjut
Bantuan Geran Persatuan Pesara Polis Johor
Siapa Akan Menerimanya?
Persatuan Pesara Polis Negeri Johor
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM120,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM120,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Pejabat Menteri Besar Johor di talian 07-2666355 untuk maklumat lanjut
Bantuan Khas Aidilfitri Fakir Miskin
Siapa Akan Menerimanya?
Golongan fakir dan golongan miskin serta tanggungan mereka (85,800 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Golongan fakir : RM400 seorang
Golongan miskin : RM300 seorang
Tanggungan : Tambahan RM50 setiap tanggungan
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM14.2 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282999 untuk maklumat lanjut
Bantuan Geran Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim
Siapa Akan Menerimanya?
Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM10,000 setiap pusat jagaan
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM340,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 07-2282970 untuk maklumat lanjut
Bantuan Anak Johor Prihatin
Siapa Akan Menerimanya?
Anak yatim bersekolah yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali akibat COVID-19 (1,825 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Ada dua bentuk bantuan yang akan diterima
- Bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM100 akan disalurkan keapda anak yatim dan yatim piatu hingga tamat persekolahan
- Bantuan simpanan pendidikan dan perlindungan insurans bagi anak yatim piatu sehingga umur 21 tahun
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM3 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di talian 07-2666526 untuk maklumat lanjut
Program i-Berkat
Siapa Akan Menerimanya?
Golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) (1,600 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Terdapat 2 bentuk bantuan di bawah Program i-Berkat ini:
- Barang sumbangan isi rumah dan kit kesihatan
- Barang keperluan pesakit kronik/terlantar
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM1 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di talian 07-2666526 untuk maklumat lanjut
Insentif Mesra Program Perumahan Rakyat (PPR)
Siapa Akan Menerimanya?
Penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) seramai 11,511 orang
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Pengecualian sewa rumah PPR bagi tahun 2022
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM22.3 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di talian 07-2666260 untuk maklumat lanjut
Insentif Mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK)
Siapa Akan Menerimanya?
Penyewa Rumah Sewa Kerajaan (RSK) seramai 3,020 orang
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Pengecualian sewa rumah RSK bagi tahun 2022
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM3.9 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di talian 07-2666260 untuk maklumat lanjut
Bantuan Pasangan Raja Sehari
Siapa Akan Menerimanya?
Khusus untuk pasangan yang pertama kali berkahwin, dan mempunyai pendapatan bersama kurang daripada RM5,000 sebulan (sasaran penerima 10,000 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan bernilai RM1,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM10 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut:
07-2282900 (Jabatan Agama Islam Negeri Johor) atau
07-2341690 (Jabatan Pendaftaran Negara)
Bantuan Geran Southern Volunteers
Siapa Akan Menerimanya?
Badan Sukarelawan Southern Volunteers
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM800,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM800,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Johor Youth Development Centre (JOYDEC) di talian 07-2282970 untuk maklumat lanjut
Bantuan Geran Majlis Belia Negeri Johor
Siapa Akan Menerimanya?
Majlis Belia Negeri Johor
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM200,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM200,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Pejabat Menteri Besar Johor di talian 07-2666355 untuk maklumat lanjut
Bantuan Geran Dewan Muda Johor
Siapa Akan Menerimanya?
Dewan Muda Johor
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM200,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM200,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Institut Dato Onn di talian 07-2071551 untuk maklumat lanjut
Bantuan Khas Persekolahan
Siapa Akan Menerimanya?
Pelajar sekolah rendah dari keluarga berpendapatan RM3,001 hingga RM7,000 (123,361 orang)
Nota: Bantuan Awal Persekolahan bagi keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah telah diuruskan Kerajaan Persekutuan pada tahun ini
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM150 setiap pelajar
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM18.5 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Yayasan Pelajaran Johor di talian 07-2344355 untuk maklumat lanjut
Bantuan Mahasiswa IPTA/IPTS
Siapa Akan Menerimanya?
Mahasiswa yang masuk ke IPTA/IPTS akan menerima Skim Bantuan Pendaftaran bagi kemasukan ke mana-mana IPTA/IPTS (sasaran kepada 1,700 orang)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan yang terbahagi kepada peringkat pengajian:
- Diploma : RM500
- Ijazah Sarjana Muda : RM1,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM1.5 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Yayasan Pelajaran Johor di talian 07-2344355 untuk maklumat lanjut
Biasiswa Bangsa Johor
Siapa Akan Menerimanya?
Pelajar di Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) (sasaran 40 orang penerima)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Pembelajaran secara percuma untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM1 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor di talian 07-2310000 untuk maklumat lanjut
Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Siapa Akan Menerimanya?
Penyewa premis dan gerai milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sasaran 50,830 orang penerima insentif ini
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Pengecualian sewa premis dan gerai milik PBT bagi tahun 2022
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM26.2 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan di talian 07-2666380 untuk maklumat lanjut
Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Siapa Akan Menerimanya?
Penjaja dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan sasaran 27,571 orang penerima insentif ini
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Pengecualian bayaran pembaharuan lesen penjaja dan PKS bagi tahun 2022
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM5.6 juta
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan di talian 07-2666380 untuk maklumat lanjut
Bantuan Kepada Operator Hotel Bajet
Siapa Akan Menerimanya?
Operator hotel bajet yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM2,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM196,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut
Bantuan Kepada Pemandu Pelancong
Siapa Akan Menerimanya?
Pemandu pelancong yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan sasaran penerima seramai 635 orang
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM1,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM635,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut
Bantuan Kepada Pengusaha Homestay
Siapa Akan Menerimanya?
Pengusaha homestay yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan sasaran penerima seramai 386 orang
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM1,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM386,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut
Bantuan Kepada Pengusaha Bot Pelancongan
Siapa Akan Menerimanya?
Pengusaha bot pelancongan dengan sasaran penerima seramai 82 orang
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM1,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM82,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut
Bantuan Kepada Agensi Pelancongan
Siapa Akan Menerimanya?
Agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan sasaran penerima seramai 98 orang
Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?
Bantuan kewangan sebanyak RM2,000
Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?
RM196,000
Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?
Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut
Muat Turun Infografik Bantuan Kasih Bangsa Johor
Anda boleh muat turun infografik di bawah daripada sumber Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor
Semoga perkongsian kami kali ini berkenaan Bantuan Kasih Bangsa Johor dapat memberi nafas lega buat rakyat negeri Johor terutamanya, dalam mengharungi kehidupan norma baharu memasuki fasa endemik.
Senarai Bantuan Untuk Rakyat
Untuk senarai bantuan lain yang ada, anda boleh lihat senarai beberapa bantuan yang sudah dibuka permohonan atau sudah pun mula dilaksana untuk tahun 2022 di bawah ini:
- Bantuan Keluarga Malaysia sudahpun mula dilaksana, bayaran Fasa 1 telah mula dibuat bermula 28 Mac 2022. Anda boleh buat semakan status dan baca mengenai rayuan yang boleh dibuat bermula 2 Mei 2022 nanti di sini: Permohonan Rayuan BKM 2022
- Pengeluaran Khas KWSP sudah boleh dibuat permohonan, dan tarikh tutup adalah pada 30 April 2022 nanti. Baca bagaimana untuk membuat permohonan di pautan ini: Pengeluaran Khas KWSP RM10K- Cara dan syarat-syarat permohonan
- Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk semua penjawat awam di seluruh negara. Anda boleh baca lebih lanjut dengan klik pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
- Bantuan Khas Aidilfitri khusus untuk warga penjawat awam negeri Kedah turut diumumkan baru-baru ini. Baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
- Menteri Besar Selangor turut membuat pengumuman tentang Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam Selangor. Anda boleh baca maklumat berkenaannya di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
- Bantuan Khas Aidilfitri juga telah diumumkan Menteri Besar Pahang, dan bakal memanfaatkan penjawat awam di negeri Pahang. Baca lebih lanjut di pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
Diharap perkongsian kami amat membantu anda semua di luar sana, terutama dalam keadaan negara beralih ke fasa endemik. Selamat menyambut Ramadhan buat semua.