Sumber Rujukan Globalisasi Anda

OFFICIAL BANTUAN KEWANGAN DIPERLUKAN UNTUK PELAJAR PINTAR KE KGI, USIM 2021

Seorang pelajar tingkatan satu, Muhammad Mu’az Zhofri Mohamad Yong, 13 dari Kampung Losong Haji Mat Shafie di sini mungkin bakal menjadi seorang lagi teknokrat anak negeri yang mengharumkan nama Terengganu pada masa akan datang.

Namun begitu, impian untuk melihat pencapaian luar biasa pelajar pintar itu mungkin terbantut kerana kekangan kewangan bagi membiayai kemasukan ke Kolej Genius Insan (KGI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 17 Februari depan.

Bapanya, Mohamad Yong Awang, 61, berkata, anak kelimanya itu ditawarkan mengikuti pengajian Tahap 1 Hamzah di KGI selepas lulus ujian kelayakan yang dikategorikan pintar oleh institusi tersebut.

Menurutnya, walaupun dia dan isteri, Rohimah Yusof, 50, berbangga dengan kejayaan Muhammad Mu’az Zhofri tetapi jauh di sudut hati, mereka bimbang tidak mampu melunaskan yuran sebanyak RM1,660 di samping kos-kos lain yang memerlukan bayaran.

Bapa kepada enam orang anak yang kabur penglihatan dan sudah lebih enam tahun tidak boleh berjalan akibat sakit dalaman berkata, jumlah simpanan yang dimiliki ketika ini hanya kira-kira RM2,000 bagi menampung perbelanjaan keluarga.

bantuan kewangan
BANTUAN KEWANGAN

Isi Kandungan

BANTUAN KEWANGAN DIPERLUKAN UNTUK MENERUSKAN CITA-CITA PELAJAR PINTAR DI KGI, USIM

” Saya tiada pendapatan dan ibunya cuma mengasuh budak, jadi duit simpanan yang ada tidak mencukupi untuk membayar yuran Mu’az (Muhammad Mu’az Zhofri) kerana dua abang serta adiknya masih bersekolah.

“Walaupun kami serba kekurangan, saya tetap berharap anak saya dapat melanjutkan pengajian ke KGI sekali gus mencapai cita-citanya dan mengubah nasib keluarga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohamad Yong yang merupakan bekas guru mengaji al-Quran berkata, kejayaan Muhammad Mu’az Zhofri muncul pelajar pintar itu merupakan yang pertama dalam sejarah keluarganya, malah dia difahamkan anaknya turut meraih markah tertinggi untuk hafazan dalam ujian kelayakan ke KGI.

Menurutnya lagi, di sebalik keuzurannya tetapi dia tidak pernah mengabaikan aktiviti membaca al-Quran bersama-sama enam anak setiap kali selepas solat Maghrib dan berkemungkinan amalan itu yang menggilap potensi Muhammad Mu’az Zhofri.

Sementara itu Muhammad Mu’az Zhofri berkata, beberapa persediaan untuk ke KGI sudah dilakukan dengan dia diminta menghafal juzuk 30, 29 dan 28.

OFFICIAL BANTUAN KEWANGAN DIPERLUKAN UNTUK PELAJAR PINTAR KE KGI, USIM 2021 1
BANTUAN KEWANGAN

BANTUAN KEWANGAN DIALU-ALUKAN

Orang ramai yang ingin meringankan beban dengan memberi bantuan kewangan boleh menghubungi Mohamad Yong di talian 019-9039292 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam (Rohimah) 13-017-02-864675-5.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More