Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Penjawat Awam, Pemimpin Masyarakat & Petugas masjid Negeri Selangor
Isi Kandungan
Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Negeri Selangor
Sebagai penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan para penjawat awam Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021 oleh sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Negeri Selangor termasuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
Bantuan Khas Aidilfitri Bagi Setiausaha MPKK Dan Petugas Masjid
Kerajaan Negeri sentiasa mementingkan kebajikan para petugas masjid yang memikul tanggungjawab penting terutama ketika di bulan Ramadan. Oleh itu, Kerajaan Negeri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada Setiausaha MPKK dan petugas masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) akan yang akan disumbangkan menerusi CSR Anak Syarikat Kerajaan Negeri.
Bantuan Khas Aidilfitri Bagi Pemimpim Masyarakat Negeri Selangor
Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin masyarakat dan komuniti di Selangor. Oleh itu, sukacita diumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB) manakala Penggerak Belia Selangor (PeBs) pula bakal menerima BKK sebanyak RM500.
Anggaran implikasi kewangan BKK ini adalah sebanyak RM22.675 juta dan akan disalurkan pada 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H).
Semoga komitmen dan usaha dapat ditingkatkan demi khidmat cemerlang kepada rakyat dan negeri yang tercinta ini.
Sumber: FB Amirudin Shahri
Menarik untuk dibaca: Bantuan Khas Aidilfiti RM 500 untuk Penjawat Awam