Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS) MULAI FEB 2021

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan  Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi tahun 2021.

Pendaftaran Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) akan dibuka bermula pada 15 Februari 2021. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang http://anis.yawas.my
Bantuan ini melibatkan pemberian manfaat secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000 bagi satu keluarga. Terdapat 4 jenis bantuan bagi program ANIS iatu bantuan makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan , Ubat ubatan dan juga pendidikan iatu terapi atau kelas khas bagi anak OKU.
BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR

Isi Kandungan

Syarat Dan Kelayakan

 Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
 Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
 Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
 Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

Cara Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

 Pemohon boleh memohon secara atas talian
 Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
 Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
 Permohonan boleh dihantar kepada :
i. Emel [email protected]
ii. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
iii. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR

Dokumen Diperlukan

 Salinan kad pengenalan pemohon.
 Salinan kad pengenalan pasangan.
 Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
 Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
 Salinan kad pengenalan anak istimewa
 Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
 Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
 Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
 Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)

Untuk Syarat dan  Permohonan sila  Klik dibawah

>>> Membuat Permohonan

Maklumat Lanjut

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Talian hotline: 03 5481 8800

E-mel : [email protected]

Facebook: Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: Bantuan Yuran Taska & Nurseri RM100 Sebulan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More