Bantuan Khas Covid 19 PEMULIH (BKC 19) : Bantuan Sehingga RM1300
Bantuan Khas Covid 19 PEMULIH adalah salah satu pakej bantuan dan ransangan ekonomi yang diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas ekoran pandemik Covid 19.
Sehingga hari ini, kerajaan telah membelanjakan jumlah keseluruhan 380 billion ringgit yang merangkumi tujuh program bantuan dan pakej ransangan ekonomi. 200 Billion ringgit telah digunakan untuk memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan.
Kerajaan telah memperuntukkan 322.5 billion ringgit pada tahun 2021 dan masih berbaki 100 billion lagi untuk dibelanjakan sehingga hujung tahun 2021. Untuk pakej PEMULIH, kerajaan telah memperuntukkan 150 billion ringgit.
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Khas Covid 19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 adalah salah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas untuk meneruskan kelansungan hidup sehingga akhir tahun 2021.
Berapakah Kadar Bayaran Bantuan Khas Covid 19 (BKC)?
Bayaran akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
Kategori |
Kelayakan |
|
Isi Rumah |
Bujang |
|
Miskin Tegar |
RM,1300 |
RM 500 |
B40 |
RM 800 |
RM 200 |
M40 |
RM 250 |
RM 100 |
Siapakah Penerima Bantuan Khas Covid 19?
- Bantuan ini akan diberikan kepada 11 juta rakyat Malaysia yang berada di dalam kelompok miskin tegar, B40 dan M40.
- Ianya termasuklah isi rumah, warga emas dan juga individu bujang.
Bilakah Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid 19?
1. Kategori Miskin Tegar
- Keluarga: Menerima bantuan RM500 pada bulan Ogos & November,RM300 pada bulan Disember
- Bujang: Menerima bantuan RM200 pada bulan Ogos dan RM 300 pada bulan November
2. Kategori B40
- Keluarga: Menerima bantuan RM 500 pada bulan Ogos dan RM 300 pada bulan Disember
- Bujang: Menerima bantuan RM 200 pada bulan Ogos
3. Kategori M40
- Keluarga: Menerima bantuan RM 250 pada bulan Ogos
- Bujang: Menerima bantuan RM 100 pada bulan Ogos
Apa Kebaikan Bantuan Khas Covid 19 Ini?
Pemberian Bantuan Khas Covid 19 ini akan memberi kebaikan kepada lebih 11 juta isi rumah dan individu yang berstatus warga emas ataupun bujang dengan keseluruhan peruntukan adalah sebanyak 4.6 bilion ringgit. Jika dilihat dari sudut angka, ia meliputi hampir 1/3 rakyat di negara kita. Bantuan ini yang seiring dengan i-Citra dan juga Geran Khas Prihatin 4.0 amatlah ditunggu-tunggu oleh setiap golongan. Semoga ianya dapat membantu mereka yang benar-benar terkesan disaat ini.