Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Kewangan 2025 Untuk Penjawat Awam & Pesara

Berita baik untuk semua Penjawat Awam!

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan Bantuan Khas Kewangan 2025 untuk makluman semua Penjawat Awam di luar sana.

Isi Kandungan

Bantuan Khas Kewangan 2025

YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi tahun 2025 sebanyak RM500 kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah termasuklah pegawai / kakitangan lantikan kontrak.

Di samping itu, BKK ini turut dipanjangkan kepada Pesara Kerajaan, Veteran Berpencen dan Veteran Tidak Berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

BKK 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.

Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bantuan Khas Kewangan 2025 Untuk Penjawat Awam & Pesara 1

Surat edaran mengenai Bantuan Khas Kewangan 2025 ini telah rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, 27 Januari 2025.

Bantuan Khas Kewangan 2025 Untuk Penjawat Awam & Pesara 2

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Kewangan 2025

Bantuan Khas Kewangan 2025 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 15 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara, Contract of Service dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada 25 Februari 2025.

BKK juga layak diberikan kepada:

  • pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji;
  • pegawai yang dipinjamkan / ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya;
  • guru interim;
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

BKK juga dibayar kepada Personel MySTEP dengan syarat telah dilantik sebelum 25 Februari 2025 dan masih berkhidmat pada 25 Februari 2025.

Soalan Lazim / FAQ Bantuan Khas Kewangan 2025

  • Adakah pegawai yang dilantik pada 25 Februari 2025 layak menerima BKK?

Jawapan: Pegawai yang telah dilantik dan masih berkhidmat pada 25 Februari 2025 layak menerima BKK.

  • Adakah pegawai yang dalam Cuti Perubatan Khas sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025 layak menerima BKK?

Jawapan: Layak.

  • Adakah pegawai yang cuti separuh gaji / tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025 layak menerima BKK?

Jawapan: Layak.

  • Adakah pegawai yang dipinjamkan / ditukar sementara ke Gred Utama / Khas layak menerima BKK?

Jawapan: Pegawai tidak layak kerana pegawai telah menikmati elaun dan kemudahan atas Gred Utama / Khas sama seperti pegawai yang sedang memangku Gred Utama / Khas.

  • Adakah pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta layak menerima BKK?

Jawapan: Pegawai layak dan akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai (agensi peminjam) tertakluk kepada penerimaan agensi dalam surat edaran rujukan JPA.800-3/2/4 (47) bertarikh 27 Januari 2025.

  • Adakah Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang dilantik di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri layak menerima BKK?

Jawapan: Tertakluk kepada Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.

  • Adakah pegawai yang dijatuhkan hukuman amaran pada 23 Januari 2025 oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Kementerian / Jabatan layak diberi BKK?

Jawapan: Pegawai layak kerana hukuman amaran tidak termasuk hukuman yang tidak melayakkan pemberian BKK.

  • Adakah pegawai yang telah dijatuhkan hukuman tatatertib pada 30 November 2024 dan pelaksanaan hukumannya berlanjutan melangkaui tempoh 1 Januari 2025 layak diberi BKK?

Jawapan: Pegawai layak menerima BKK.

  • Adakah pegawai yang tidak hadir bertugas secara berterusan sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025 tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa sebab yang munasabah diberi BKK?

Jawapan: Tidak layak.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Khas Kewangan 2025 ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More