Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Penjawat Awam RM600 Januari 2021

Semasa perbentangan bajet 2021, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan Bantuan Khas Penjawat Awam  RM600 akan diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam (Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Kategori Gred 56 dan ke bawah). Bantuan ini adalah bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat kepada negara.

Isi Kandungan

Penjawat Awam Yang Tidak Layak Dengan Bantuan Ini

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021
  5. Pegawai berpencen yang melepaskan hak berpencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saham

Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan dibayar mengikut kaedah berikut :

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Kategori Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021
  2. Bantuan sebanyak Rm600 bakal diberikan pada 25 Januari 2021

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Bantuan Khas Penjawat Awam RM600 Januari 2021 ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT SPNB ONLINE

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More