BANTUAN LAPTOP DAN INTERNET PERCUMA UNTUK GOLONGAN B40
Bantuan Laptop Dan Internet Percuma ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran terutama bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang terkesan akibat dari penularan wabak Covid19. Para pelajar dikehendaki melaksanakan proses pembelajaran mereka dari rumah secara atas talian di mana ia memerlukan pelajar-pelajar ini untuk mempunyai kemudahan Komputer riba dan akses internet yang baik.
Untuk pengetahuan anda semua, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Laptop Dan Internet Percuma bagi para pelajar B40 yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Bantuan Laptop Dan Internet Percuma
Pelajar tidak perlu membuat permohonan untuk bantuan ini kerana pihak universiti sendiri akan menghubungi setiap pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini.
Jenis Bantuan
- Pinjaman komputer riba
- Bantuan komputer riba percuma
- Bantuan kewangan istimewa
- Pemberian wang tunai
Pakej Pelan Data Internet
- Bagi memohon pelan data internet, pelajar tidak perlu membuat permohonan kerana pihak universiti sendiri akan memaklumkan kepada pelajar yang layak.
- Pelajar akan dihubungi dan diberikan kad sim atau ada juga bantuan yang diberikan dalam bentuk wang tunai yang dikreditkan terus ke akaun pelajar.
- Namun dalam pengumuman terbaru dalam Pakej PEMULIH, kerajaan juga telah menyambung bantuan internet 1gb percuma kepada semua rakyat sehingga 31 Disember nanti.
Bantuan Komputer Riba
Bantuan ini adalah dari segi pengurangan harga kepada pembeli. Jadi untuk anda yang ingin mendapatkan bantuan khas computer riba (untuk pelajar IPT shj), boleh klik link di bawah :
- Computer riba acer : https://store.acer.com/en-my/promotion/students
- Computer riba Samsung : https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
- Computer riba Apple : https://www.apple.com/my/education/higher-education/
Jika pelajar ingin memohon pakej data internet khas pelajar, mereka boleh mengunjungi mana-mana cawangan telco seperti Celcom,Maxis atau Digi yang berdekatan dan mengemukakan kad pengenalan bersama kad pelajar/matrik.
Diharapkan perkongsian berkaitan BANTUAN LAPTOP DAN INTERNET PERCUMA UNTUK GOLONGAN B40 memberi manfaat kepada anda semua. Kami sedar, pasti ramai yang sangat memerlukan bantuan ini kerana pastinya anak-anak dirumah akan memerlukan komputer, smartphone dan juga internet untuk kegunaan PDPR saban hari.
Bantuan Lain Yang Patut di Mohon Segera Oleh Anda
Tidak kira siapa pun anda jika anda benar-benar layak dan memerlukan bantuan, kami harap anda dengan segera memohon pelbagai lagi bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Terdapat banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan selain bantuan laptop dan internet percuma ini, antaranya ialah :
- Bantuan Bakul Makanan
- Geran Khas Prihatin GKP 4.0
- Data Internet Percuma 1gb Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan lain-lain.
- Elaun mencari pekerjaan RM300
- Bantuan Hilang Pekerjaan RM500
- Diskaun Elektrik 5% hingga 40%
- Program Subsidi Upah PSU 4.0
Ya, banyak sebenarnya bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Malangnya ramai tidak tahu dan tidak mengambil peluang ini untuk memohon bantuan mengikut cara yang betul.
Jadi kami harap jika anda memerlukan sila mohon semua bantuan-bantuan diatas dan kami akan bantu anda dengan memberikan panduan yang jelas disini iaitu
Jadi, selepas anda memohon bantuan laptop dan internet percuma ini, jangan lupa memohon bantuan diatas juga. Semoga Allah permudahkan urusan anda insyaAllah.