Bantuan Lesen Memandu 2023 Untuk Rakyat Malaysia
Bantuan Lesen Memandu 2023 untuk rakyat Malaysia telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2023 dalam usaha untuk membantu golongan belia B40 yang sedang dan akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas, dan e-hailing.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat yang lalu berkata Kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran lesen di bawah program bantuan lesen memandu serta bayaran lesen memandu motosikal kelas B2.
Isi Kandungan
Bantuan Lesen Memandu 2023
Bantuan lesen memandu ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023 sebagai salah satu inisiatif dalam program bantuan lesen memandu percuma untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Menerusi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pihak Kerajaan akan menampung kos bayaran bagi lesen memandu kelas B2.
Seterusnya, ianya juga dapat membantu golongan belia B40 serta meningkatkan perkembangan ekonomi negara dari aspek pengangkutan awam.
Tujuan Diperkenalkan Bantuan Lesen Memandu 2023
Fokus utama Kerajaan mewujudkan bantuan ini adalah untuk membantu gologan belia B40 yang juga penentu masa hadapan negara bagi membuka tawaran pekerjaan kepada golongan belia, dan seterusnya membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
Bagi memastikan tiada yang tercicir untuk memiliki lesen membawa kenderaan di jalan raya dek kerana tidak berkemampuan, Kerajaan telah memperkenalkan satu skim program untuk membantu mereka yang berkelayakan.
Ini kerana berdasarkan statistik penggunaan kenderaan, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan di jalan raya tanpa memiliki lesen memandu yang sah.
Jenis Bantuan Lesen Memandu 2023
Kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran untuk mendapat lesen memandu bagi kategori:
- Lesen motosikal B2
- Lesen teksi
- Lesen bas
- Lesen e-hailing
Syarat KelayakanÂ
Syarat-syarat kelayakan penerimaan bantuan lesen memandu 2023 ini adalah seperti ketetapan yang berikut:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
- Pemohon tidak pernah mengambil lesen sebelum ini
- Pemohon sihat mental dan fizikal
- Pemohon tiada kecacatan anggota
- Nama pemohon tidak pernah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Cara Semakan Kelayakan Bantuan Lesen Memandu 2023
- Semakan kelayakan bantuan lesen memandu 2023 boleh dibuat melalui atas talian (online) di portal Rasmi eKasih.
- Kelayakan bantuan ini kepada rakyat Malaysia bergantung kepada data yang terdapat pada portal eKasih yang telah didaftarkan.
- Jika nama anda sudah berjaya berada dalam sistem Portal Pembasmian Kemiskinan ekasih serta melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui skim program ini, automatik anda anda diterima untuk memiliki bantuan lesen memandu keluarga malaysia ini.
Apakah Kelas Yang Ditawarkan Untuk Bantuan Lesen Memandu 2023 Ini?
Kelas yang ditawarkan untuk bantuan ini adalah Kelas B2.
Jika Mendapat Bantuan Ini, Berapakah Jumlah Yang Perlu Dibayar?
Di sinilah tujuan sebenarnya bantuan ini diperkenalkan iaitu mereka yang layak menerima bantuan ini hanya perlu membayar RM250 sahaja daripada jumlah harga asal untuk mendapatkan lesen iaitu sekitar RM750.
Dengan harapan lebih ramai yang akan mendapatkan lesen pada kos harga yang sangat minimal termasuk menjalani kursus dan latihan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berapakah Umur Yang Dibenarkan Untuk Mendapatkan Bantuan Ini?
Umur pemohon yang dibenarkan untuk mendapatkan bantuan ini adalah mestilah berumur 16 tahun dan ke atas.
Diharapkan dengan wujudnya inisiatif terbaru ini, ianya akan dapat melonjakkan jumlah pemilikan lesen di Malaysia sekaligus menjadikan ramai pengguna kenderaan di jalan raya yang mempunyai lesen yang sah.
SUMBER YOUTUBE: Harian Metro
APAKAH BANTUAN LESEN MEMANDU 2023 INI PATUT DITERUSKAN PADA MASA HADAPAN?
Bantuan Lesen Memandu 2023 seharusnya diteruskan demi membantu golongan belia B40 yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan harian. Selain itu juga, golongan belia B40 yang mendapat bantuan ini juga dapat mencari peluang pekerjaan tambahan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing ini. Seharusnya inisiatif sebegini perlu diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meninggi hari demi hari ini. Dapatkan info yang tepat dari kami di sini.