Bantuan Makanan MYDIN Tolong 2021
Bantuan Makanan MYDIN Tolong 2021 adalah bantuan barang dapur daripada MYDIN yang akan ditutup permohonannya pada 16 Julai 2021.
Isi Kandungan
Bantuan Makanan MYDIN Tolong
Mungkin ramai yang sudah ambil maklum akan keadaan rakyat negara kita yang kebanyakan terkesan akibat pandemik COVID 19 yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kesekian kalinya pada tahun ini.
Perintah ini amat membataskan pergerakan, malahan memberi kesan kepada perusahaan, dan ekonomi rakyat setempat. Ramai yang telah dibuang kerja, mahupun diberi cuti tanpa gaji, dan lain-lain sebab yang mengakibatkan kebatasan mereka terhadap sumber makanan.
Pergerakan terbatas ditambah keadaan ekonomi membuatkan semakin ramai mempunyai masalah kekurangan bekalan makanan harian untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Justeru, ramai pihak yang tampil untuk menghulurkan bantuan, meringankan beban mereka seperti pihak kerajaan yang telah mengumumkan Bantuan Bakul Makanan menerusi Pakej Bantuan PEMULIH baru-baru ini.
Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) yang merupakan antara rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia turut prihatin dengan masalah ini. MYDIN telah memperkenalkan satu program bantuan makanan yang diberi nama MYDIN Tolong bagi membantu mereka yang terjejas.
Program MYDIN Tolong
Program ini bertujuan untuk membantu golongan keluarga yang memerlukan dengan membekalkan sumber barangan dapur dari MYDIN.
Inisiatif MYDIN Tolong ini, hanya akan diberikan kepada pemohon yang tinggal dalam radius 10 kilometer (km) dari cawangan Mydin terdekat. Ini adalah bagi memudahkan proses penghantaran barangan kepada keluarga yang layak. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas permohonan dihantar.
Mohon Bantuan Makanan MYDIN Tolong di sini
Di sini admin nak kongsikan pautan (link) untuk membuat permohonan. Silakan share link ini dengan semua rakan dan keluarga, terutama yang terkesan akibat pandemik ini.
- Klik pautan ini: https://bit.ly/MydinTolong ATAU hubungi 016-241 5308 dan taip ‘MYDIN Tolong’
- Hantar Alamat dan Nombor Telefon Penerima
- Hantar Gambar Kediaman Penerima
- Permohonan dibuka sehingga 16 Julai 2021
Bantuan hanya akan diberikan setelah proses tapisan dilakukan pihak MYDIN bagi menentukan pemohon yang layak untuk menerima bantuan. Bantuan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program ini, KLIK DI SINI.
Diharap perkongsian kali ini memberi sedikit maklumat buat semua, terutama bagi mereka yang amat terkesan dalam situasi pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini. Jika anda ingin mengetahui tentang gejala wabak COVID 19, bolehlah rujuk penulisan kami sebelum ini, Simptom COVID 19 : Apa Tanda-Tanda Awal Jangkitan? Patuhilah SOP Norma Baharu yang telah digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia, lindungi diri dan keluarga daripada wabak COVID 19. Semoga kita semua terhindar daripada wabak COVID 19 dan negara dapat kembali pulih seperti sediakala.