Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dibuka Mulai 1 April Untuk Semua Warganegara

Bantuan Musaadah Khaira PPZ dibuka mulai 1 April untuk semua warganegara  bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Ia dilancarkan pada 1 April 2020 dengan dana permulaan RM1juta diperuntukkan oleh PPZ-MAIWP dalam usaha membantu semua warganegara Malaysia yang memerlukan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. Melalui inisiatif ini, permohonan yang berjaya akan diberi bantuan ‘one-off’ RM300.

Selain bantuan Musaadah ini, orang ramai yang terjejas juga boleh memohon pelbagai bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH Bantuan Khas Covid (BKC) dan bnyak lagi.

Isi Kandungan

Kenapa Bantuan Musaadah Khaira Ini Ditubuhkan?

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  • Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

APa Kelayakan Untuk Memohon Bantuan Musaadah Khaira Ini?

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  • Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  • Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.

Dimana Permohonan Bantuan Musaadah KhairaIni Boleh Dibuat?

Permohonan perlu dibuat hanya melalui atas talian sahaja (online) dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.

Cara- Cara membuat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira

Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dibuka Mulai 1 April Untuk Semua Warganegara
Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dibuka Mulai 1 April Untuk Semua Warganegara
Bantuan Musaadah Khaira
Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dibuka Mulai 1 April Untuk Semua Warganegara
Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dibuka Mulai 1 April Untuk Semua Warganegara
Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dibuka Mulai 1 April Untuk Semua Warganegara 1
Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dibuka Mulai 1 April Untuk Semua Warganegara 2
Bantuan Musaadah Khaira PPZ Dibuka Mulai 1 April Untuk Semua Warganegara 3

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
  • Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
  • Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat-naik (upload) di dalam borang permohonan.

Sebab-Sebab Permohonan Ditolak/ Status Tidak Lengkap

1. Slip gaji tidak jelas / Nama majikan tidak jelas
2. Tiada dokumen yang merujuk kepada terkesan semasa PKP / B40
3. Tidak mengisytiharkan maklumat pasangan & tanggungan dengan jelas
4. Dokumen yang di lampirkan tidak lengkap / tidak berkaitan
5. Tiada bukti tanggungan seperti salinan I/C tanggungan
6. Tiada dokumen sokongan bagi yang menjalankan perniagaan kecil/ penjaja
7. Memuat naik lampiran yang salah dan tidak jelas (kabur)
8. Memuat naik lampiran di ruang/ bahagian yang salah

Oleh itu, penting bagi pemohon untuk melengkapkan permohonan dengan dokumen-dokumen sokongan yang kukuh seperti berikut:

Contoh Dokumen Diperlukan Mengikut Sektor Pekerjaan

1. Peniaga kecil/ peniaga pasar/ bekerja sendiri/ bekerja kampong/ tiada pay slip
• Surat akuan sumpah
• Surat pengesahan / Sokongan ketua kampung @ yang diberi kuasa
• Permit berniaga / Lesen perniagaan / gambar gerai @ premis
• Penyata bank yang tertera transaksi yang berkaitan / Resit sewa tapak @ Resit pembelian barang jualan
• Lesen berniaga / Sijil SSM

2. E-hailing/ ejen jualan langsung/ gaji hari/ komisen/ majikan industri non- essential
• Screen shot apps @ online version user profile / komisen diterima
• Screen shot penyata gaji dari majikan
• Slip gaji tertera nama majikan
• Slip gaji, bukti terkesan dari bencana COVID-19 seperti surat pengesahan dari majikan jika diberhentikan / digantung / diberi cuti tanpa gaji dan sebagainya

Untuk sebarang update atau pertanyaan mengenai permohonan ini, sila ajukan pertanyaan melalui medium berikut:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More