Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024 kini dibuka mulai 1 Jun 2024 untuk semua rakyat Malaysia yang layak dan berikut adalah maklumat lanjut mengenai permohonannya.

Isi Kandungan

Bantuan Musim Tengkujuh 2024

RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah kelaziman yang dibuat oleh Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan dengna bencana di musim tengkujuh.

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2024.

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Musim Tengkujuh 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:

Pekebun Kecil – Pemilik Tanah Yang Memiliki, Menguruskan dan / atau Mengusahakan Lot Bertanam GetahPenoreh – Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah
1. Warganegara Malaysia.
2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA.
3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar.
4. Pemilik tanah yang sah.
5. Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
6. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).
1. Warganegara Malaysia.
2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar.
4. Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
5. Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Satu Lot Tanah hanya untuk seorang pemilik / penama / penoreh yang layak menerima bantuan.

Cara Membuat Permohonan

Tarikh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh 2024 ini adalah bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024.

Kaedah-kaedah untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau secara atas talian (online).
  • Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada.

Permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat pada Portal Pekebun Kecil RISDA melalui pautan berikut:

>>>Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024<<<

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024 2

Tatacara permohonan menggunakan Portal Pekebun Kecil RISDA adalah seperti berikut:

Log MasukSila ke halaman utama Portal Pekebun Kecil RISDA dan log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
PermohonanKlik pada Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh untuk memohon / melihat sejarah permohonan.
Maklumat PermohonanLengkapkan maklumat permohonan di ruangan yang diperlukan.
Lot DimohonPilih lot tanah yang akan digunakan untuk permohonan BMT.
Hantar PermohonanPerakuan Permohonan dengan klik tanda (/) pada kotak dan klik Hantar Permohonan.
Semakan StatusSemakan status permohonan dan bayaran BMT.

Untuk permohonan secara manual, pemohon perlu ke Pejabat RISDA Negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila bawa bersama semua salinan dokumen berikut ketika membuat permohonan, iaitu:

KategoriDokumen Yang Diperlukan
Pekebun Kecil RISDA & Individu1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
2. Geran asal tanah dan salinan (geran berkomputer).
3. Salinan buku akaun bank yang aktif.
4. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada).
Penoreh Bukan Pemilik1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
3. Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer).
4. Salinan buku akaun bank yang aktif.
5. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
6. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
Pekebun Kecil di bawah Agensi1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah).
3. Salinan buku akaun bank yang aktif.
4. Surat pengesahan daripada Agensi.
5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (Wajib bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA).

Semakan Status Permohonan

Apabila sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024, semakan status permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

>>>Semakan Status Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024<<<

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan dan PERMOHONAN TIDAK BERJAYA, pemohon boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berdekatan untuk membuat temujanji.

Kadar & Tarikh Bayaran BMT 2024

Kadar BMT adalah berjumlah RM800 yang akan dibayar secara berperingkat dan terus ke akaun penerima.

Kadar BMT pekebun kecil sebanyak RM800 biasanya akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat (4) bulan bagi tahun 2024 dan 2025 seperti berikut:

Bulan Bayaran BMTKadar BMT
November 2024 / Disember 2024RM 400
Januari 2025RM 200
Februari 2025RM 200
Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Penerima yang layak akan DIPROSES untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024 ini, sila hubungi hotline BMT RISDA melalui talian-talian berikut:

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024 3

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More