[TERKINI] BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BMT 2023
Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 telah diwujudkan kepada golongan yang telah terjejas pendapatan akibat tidak dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa pada setiap kali tibanya musim tengkujuh. Bantuan ini sedikit sebanyak adalah untuk meringankan beban mereka untuk menyara kehidupan harian seperti sediakala.
- BMT ini adalah sejenis bantuan kewangan yang diberikan oleh pemerintah Malaysia sebagai satu bahagian daripada program sosial.
- BMT ini kebiasaanya diagihkan pada musim tengkujuh iaitu sekitar bulan Desember sehingga Mac.
- BMT ini berfokuskan kepada masyarakat yang memerlukan seperti golongan miskin yang terpinggir dan juga masyarakat luar bandar yang terjejas pendapatan harian mereka.
Isi Kandungan
Siapakah yang Layak Menerima Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023?
Penerima Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 khususnya adalah kepada pekebun kecil dan penoreh getah. BMT ini telah wujud sejak tahun 2022 lagi. Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 adalah seperti yang berikut:
Pekebun Kecil RISDA |
Penoreh Bukan Pemilik |
1. Warganegara Malaysia 2. Pekebun kecil 3. Mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) 4. Mempunyai tanah 5. Merupakan pemilik 6. 1 lot hanya untuk |
1. Warganegara Malaysia 2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA 3. Mempunyai Kad Permit 4. Mempunyai tanah 5. Mendapat pengesahan 6. 1 lot hanya untuk |
Syarat Terperinci |
|
Berdaftar Dengan RISDA |
Pemilik Tanah yang Sah |
1. Pekebun kecil 2. Bagi pekebun kecil atau penoreh 3. Peserta yang menyertai |
1. Pemilik tanah 2. Bagi negeri 3. Bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia, pertukaran hak milik atau pemegang 4. Peserta yang menyertai |
Justeru, untuk mengetahui info lain tentang BMT, anda boleh juga membaca tentang info BMT 2023
Kadar Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023
- BMT 2023 akan diberikan sebanyak RM800 seorang kepada penerima yang layak dan
- BMT 2023 ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan
Tarikh Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023
- Tarikh bayaran BMT 2023 ini akan dikemaskini
- Kaedah bayaran BMT adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak
SUMBER Buletin TV3
Apa pandangan anda tentang Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2023 ini? Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan info terkini tentang bantuan tersebut. Di samping itu, anda juga boleh rujuk 5 Langkah Mudah Tuntut Insurans Kereta Tenggelam Banjir sebagai panduan jika kereta anda terlibat di musim banjir.