Bantuan Pendaftaran IPT YPJ Boleh Dibuat Mulai 15 Ogos 2021 Ini
Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini boleh dibuat mulai 15 Ogos 2021. Buat anak-anak Johor, anda boleh merebut peluang ini bagi membantu kemasukan anda ke dalam Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Nak tahu syarat-syarat permohonan? Baca artikel ini.
Isi Kandungan
Yayasan Pelajaran Johor(YPJ)
Yayasan Pelajaran Johor telah dibentuk pada tahun 1982 mengikut Enakmen Nombor 8 Tahun 1982 yang berfungsi bagi menguruskan segala jenis keperluan pembiayaan pinjaman atau pemberian biasiswa kepada penuntut-penuntut kelahiran negeri Johor yang berkelayakan dalam melanjutkan pendidikan mereka. Mana-mana penuntut yang berjaya menempatkan diri dalam IPTA atau IPTS layak membuat pinjaman atau permohonan bantuan mengikut kriteria yang diperlukan.
Melalui penubuhan yayasan ini, ianya sangatlah berkesan dalam membantu sistem pendidikan serta menyediakan program kecemerlangan bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang datangnya daripada Negeri Johor ini.
Bantuan Pendaftaran IPT YPJ
Bantuan ini disediakan kepada anak-anak kelahiran Johor yang berjaya menempatkan diri dalam mana-mana institusi sama ada Institut Pengajian Awam(IPTA) atau Institut Pengajian Swasta(IPTS). Diharapkan agar bantuan di bawah Yayasan Pendidikan Johor ini mampu meringankan beban pelajar di negeri Johor dalam melanjutkan pelajaran mereka.
Selain daripada Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini juga, anda boleh membaca artikel berkaitan Permohonan Bantuan Pelajar IPT Yayasan JCORP , Permohonan IPG 2021 Lepasan SPM dan Program Dermasiswa B40 JPA .
*NOTIS: Cara permohonan bagi bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Syarat Untuk Memohon Bantuan Pendaftaran IPT YPJ
Berikut merupakan antara syarat yang diperlukan oleh pemohon bagi membuat permohonan bantuan ini. Antaranya ialah:
|
|
|
|
|
|
|
|
Cara Penghantaran Dokumen Penting Permohonan
Untuk penghantaran dokumen rasmi permohonan ini, anda perlu mengikut langkah di bawah. Pastikan anda tidak terlepas pandang atau tersalah langkah bagi mengelakkan masalah di kemudia hari.
- LANGKAH PERTAMA: Segala dokumen rasmi yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut senarai semak dokumen sokongan yang diperlukan ke dalam sebuah sampul. Sampul itu hendaklah berwarna coklat, saiz A4 dan ditutup dengan kemas.
- LANGKAH KEDUA: Di bahagian kanan atas sekali sampul itu, tulis jenis permohona yang dibuat, sama ada:
- Pinjaman Pendidikan,
- Bantuan Pendaftaran IPT YPJ,
- Lain-lain bantuan yang berkaitan.
- LANGKAH KETIGA:Bagi yang memilih kaedah serahan tangan, anda perlu memasukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ itu sendiri.
- LANGKAH KEEMPAT: Bagi yang memilih kaedah Pos Laju, pastikan anda menggunakan khidmat yang boleh memperoleh nombor penjejakan(Tracking Number). Pastikan alamat adalah benar.
- LANGKAH KELIMA: Kesemua borang yang dihantar ke YPJ akan dibiarkan selama tempoh 24 jam sebagai proses sanitasi.
- LANGKAH KEENAM: Tunggu maklum balas daripada pihak YPJ.
Dokumen Wajib untuk Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ
Berikut merupakan senarai dokumen wajib/penting yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan bantuan pendaftaran IPT YPJ:
- 1 Salinan Slip Pengesahan Permohonan,
- 1 Salinan Surat Tawaran Rasmi ke IPTA,
- 1 Salinan Bukti/Resit Pembayaran Yuran(Jikalau sudah mendaftar),
- 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon yang terkini,
- 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa Pemohon/Penjaga,
- 1 Salinan Akaun Bank Islam sahaja(BIMBB Tidak akan diterima),
- 1 Salinan bagi Sijil Kematian Ibu Bapa/Penjaga(Jika ada),
- 1 Salinan Perceraian Ibu Bapa/Penjaga(Jika ada),
- 1 Salinan Penyata Gaji Ibu Bapa/Penjaga(Jika tiada, sertakan 1 salinan pengesahan pendapatan).
Maklumat Penting buat Pemohon
*NOTIS:
- Segala dokumen rasmi, dokumen sokongan atau maklumat penting yang bertaip di atas kertas hendaklah disahkan oleh:
- yg ikon Pegawai Professional, ATAU
- Ketua Kampung, ATAU
- Penghulu Daerah/Mukim, ATAU
- Pengerusi JKKK, ATAU
- Insan Kategori A, ATAU
- Lain-lain jawatan yang setaraf dengannya.
- Ibu bapa atau penjaga kepada pemohon bantuan pendaftaran IPT YPJ ini hendaklah melengkapkn Borang Pengesahan Pendapatan sekiranya mereka:
- Tidak mempunya slip gaji
- Tidak bekerja/Tiada punca pendapatan
- Suri rumah(Bagi ibu tunggal)
- Pesara/Pencen
Senarai Bantuan Lain di Bawah YPJ
Skim Bantuan Pendaftaran SBP
STATUS BANTUAN |
PAUTAN RASMI |
Permohonan Dibuka |
Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri
STATUS BANTUAN |
PAUTAN RASMI |
Permohonan Dibuka |
Pinjaman Pelajaran Luar Negara
STATUS BANTUAN |
PAUTAN RASMI |
Permohonan Belum Dibuka |
Tabung Latihan Kemahiran Johor
STATUS BANTUAN |
PAUTAN RASMI |
Permohonan Belum Dibuka |
Biasiswa Sukan Atlet Johor(BSAJ)
STATUS BANTUAN |
PAUTAN RASMI |
Permohonan Belum Dibuka |
Biasiswa Sultan Ibrahim(BSI)
STATUS BANTUAN |
PAUTAN RASMI |
Permohonan Belum Dibuka |
Hubungi YPJ Untuk Maklumat Lanjut
Sekiranya peminjam/pemohon mempunyai soalan lanjut berkaitan pinjaman atau bantuan ini, anda boleh menghubungi pihak Yayasan Pendidikan Johor(YPJ) melalui 2 cara, iaitu:
- Pertanyaan Melalui WhatsApp
Pertanyaan AM –
Untuk pertanyaan am, anda boleh mengemukakan soalan anda melalui nombor
- 013-7791 355
- 013-7597 355
Aduan Pelanggan –
Sekiranya anda mempunyai aduan berkaitan pinjaman/bantuan, anda boleh menghubungi nombor di talian
- 013-7411 355
Bantuan Pendidikan –
Segala persoalan berkaitan bantuan pendidikan, anda boleh menekan nombor
- 013-7290 355
- 013-7217 355
Bayaran Balik Pinjaman –
Untuk bertanyakan soalan perihal jadual bayaran balik pinjaman, anda boleh hubungi
- 011-1147 9753
- 011-1148 9753
- 018-8749 753
- E-mel Rasmi YPJ
Anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mail rasmi pihak YPJ. Pastikan anda menyatakan nama, maklumat dan tujuan penghantaran e-mail anda dalam waktu dan hari bekerja. Emailnya adalah : [email protected]
Soalan Lazim
Di bawah ini merupakan antara soalan lazim pemohon/pelajar berkaitan bantuan pendaftaran ipt ypj ini. Moga-moga mampu membantu anda.
Bolehkah saya ingin membuat permohonan Bantuan Pendaftaran IPT YPJ ini?
- Ya, anda boleh membuat permohonan mulai 15 Ogos 2021 ini, dengan syarat anda menepati kriteria-kriteria permohonan yang telah dijelaskan di atas.
Bilakah tarikh tutup permohonan ini?
- Buat masa sekarang, mengikut kenyataan Yayasan Pendidikan Johor, permohonan ini akan ditutup pada tarikh 28 Ogos 2021. Jangan terlambat sekiranya anda ingin membuat permohonan.
Adakah pinjaman juga turut disediakan oleh Pihak YPJ buat anak-anak kelahiran Johor?
- Ya, terdapat juga pinjaman yang disediakan kepada mahasiswa, dengan syarat mendapat tempat dalam IPT negara Malaysia sahaja. Berikut merupakan kategori pendidikan yang layak:
- Peringkat Sijil(SPM, STPM dan Lain-lain), ATAU
- Peringkat Diploma, ATAU
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda
Berapakah jumlah bantuan pendaftaran IPT YPJ yang akan diberikan kepada pemohon yang layak?
- Mana-mana mahasiswa yang layak, mereka akan menerima wang mengikut 2 kategori sahaja, iaitu:
- KATEGORI DIPLOMA – RM500
- KATEGORI IJAZAH SARJANA MUDA – RM1000
Bolehkah saya membuat permohonan untuk kawan/saudara/anak saudara?
- Tidak boleh. Permohonan hendaklah dibuat oleh pemohon itu sendiri, dengan pengawasan daripada ibu-bapa/penjaga pemohon. Semua maklumat yang dimasukkan hendaklah tepat dan benar.
Jangan Lepaskan Peluang
Mendapat tempat dalam mana-mana institut pengajian tinggi adalah suatu rezeki dan kejayaan buat anda. Akan tetapi, bermula daripada itu, anda perlulah pantas dalam mengambil segala peluang atau bantuan yang tersedia depan mata. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Maka, sediakan payung sebelum hujan.
Diharapkan agar artikel bantuan pendaftaran IPT YPJ ini dapat membantu anak-anak kelahiran Johor merebut peluang ini. Gunakanlah kemudahan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Capailah cita-cita anda, meskipun setinggi langit. Anda mampu lakukannya.