Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR ATAU PESAKIT KRONIK (BPT) -RM 500

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR ATAU PESAKIT KRONIK diperkenal oleh pihak kerajaan bagi meringan bebanan keluarga/penjaga yang perlu menjaga ahli keluarga yang OKU. Selain itu juga, bantuan ini juga disediakan agar dapat menggalakkan keluarga atau penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU dan tidak membiarkan mereka terlantar tanpa diuruskan dengan sebaiknya.
KADAR
RM500 sebulan seorang.

TUJUAN

1. Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
2. Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan

CARA PERMOHONAN BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR ATAU PESAKIT KRONIK

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR ATAU PESAKIT KRONIK
BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR ATAU PESAKIT KRONIK

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More