Bantuan Persekolahan 2023
Bantuan Persekolahan 2023 adalah salah satu bantuan Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat Terengganu yang memerlukan. Bantuan ini telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.
Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) merupakan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kerana YPM mengambil alih sebahagian aktiviti zakat pendidikan di bawah MAIDAM.
Visi YPM ialah menjadi pengurus dana pendidikan yang dipercayai dalam membantu perkembangan sistem pendidikan ke arah melahirkan generasi yang menyumbang kepada sosial ekonomi sejagat.
YPM menyediakan dana pendidikan untuk peningkatan keupayaan minda melalui sistem pendidikan integrasi dan holistik, mengeratkan jaringan kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi merealisasikan pembangunan pendidikan untuk dinikmati semua, serta membuat penilaian program untuk penambahbaikan bagi mencapai objektif YPM.
Isi Kandungan
Bantuan Persekolahan 2023
Ibu bapa / penjaga yang mempunyai tanggungan anak yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan (termasuk di dalam golongan Asnaf Fakir / Miskin) boleh membuat permohonan kepada Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) sebelum tarikh permohonan ditutup.
Bantuan Persekolahan 2023 ini dilaksanakan untuk menyediakan bantuan kepada pelajar Terengganu yang memerlukan serta meringankan bebanan ibu bapa / penjaga dalam menampung kos persekolahan anak-anak mereka dalam menghadapi era kegawatan ekonomi yang semakin mencabar ini.
Sebenarnya kita sangat beruntung menjadi anak Malaysia kerana daripada pelajar sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah sehingga ke pengajian tinggi banyak tersedia bantuan kerajaan untuk mereka yang memerlukan antara salah satunya adalah bantuan persekolahan ini.
Syarat Permohonan Bantuan Persekolahan 2023
Syarat-syarat kelayakan permohonan untuk menerima bantuan persekolahan 2023 ini adalah:
- Pelajar dan ibu bapa / penjaga adalah:
- Rakyat negeri Terengganu yang meneteap di negeri Terengganusekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau;
- Pemastatutin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut
- Beragama islam dan berakal
- Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
- Pelajar di bangku sekolah sama ada diperingkat rendah atau menengah yang berumur tidak kurang dari tujuh (7) tahun ke atas
- Kelayakan adalah bergantung kepada kiraan had kifayah melalui jumlah tanggungan dan beberapa wajaran lain
Tarikh Permohonan Bantuan Persekolahan 2023
- Tarikh permohonan bantuan ini telah dibuka sehingga 30 April 2023.
- Permohonan hanya perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Bantuan Persekolahan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM)
Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan Bantuan Persekolahan 2023 ini adalah:
- Salinan IC ibu dan bapa / penjaga
- Salinan IC anak-anak dalam tanggungan
- Salinan slip gaji / akuan pendapatan terkini ibu dan bapa / penjaga
- Slip pengesahan permohonan bantuan yang disahkan oleh pihat berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat / Pengerusi Masjid / JPKK / Penghulu / Yang Berhormat (YB)
Garis Panduan Pendaftaran Pada Portal Dan Borang Online Bantuan Persekolahan 2023
- Garis panduan pendaftaran Portal untuk permohonan Bantuan Persekolahan (Asnaf fakir dan Miskin Sahaja)
Garis Panduan Pendaftaran Portal [PDF]
- Garis panduan Pengisian Borang
Garis panduan Pengisian Borang Online
** Pemohon atau Ketua Isi Rumah (KIR) yang tidak dapat memasuki sistem kerana terlupa katalaluan diminta menghubungi no talian 09-6223500 pada waktu bekerja untuk reset katalaluan
** Ingatan kepada Pemohon / KIR / Ibu / Ayah, dokumen permohonan dan dokumen lain-lain tidak perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM
** Pemohon / KIR dikehendaki mengisi dan muat naik/upload secara online melalui sistem sahaja
** Sistem Permohonan bantuan persekolahan ini memerlukan sedikit pengetahuan untuk muat naik dokumen secara online
Pemohon / KIR / Ibu / Ayah yang menghadapi sebarang kesulitan upload dokumen boleh meminta bantuan keluarga terdekat yang lain atau kawan-kawan atau anak-anak yang berkemahiran dalam penggunaan Internet atau boleh meminta bantuan daripada mana-mana pusat Internet sekitar.
Sumber: Yayasan Pendidikan MAIDAM
Maklumat Lanjut
Maklumat lengkap tentang bantuan ini, anda boleh merujuk di Portal Rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM dan semoga perkongsian tentang Bantuan Persekolahan 2023 ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.