BANTUAN PERSEKOLAHAN PERAK, MAIPk (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak)
Bantuan Persekolahan Perak yang dikelolai oleh MAIPk atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak amat mengalu-alukan mereka yang bernasib kurang baik untuk membuat permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi tahun 2021.
Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan ini diberikan untuk meringankan beban asnaf di Negeri Perak untuk menanggung persekolahan anak-anak mereka pada sesi persekolahan 2021.
Selain ini, skim bantuan ini juga mampu mengelakkan anak-anak di Negeri Perak tercicir daripada mendapat pendidikan akibat wujudnya kekangan kewangan keluarga.
Oleh itu, keluarga yang tidak berkemampuan adalah digalakkan untuk memohon Skim Bantuan Persekolahan ini bagi memastikan anak-anak mereka terus mendapat pendidikan yang sebaiknya.
Isi Kandungan
TUJUAN SKIM BANTUAN :
- Membantu anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna
- Membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan
- Memastikan mereka tidak tergolong dalam golongan tercicir pendidikan
SEMAK KELAYAKAN ANDA :
- Pemohon/penerima beragama Islam
- Pemohon/penerima warganegara Malaysia/penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil)
- Pemohon/penerima bermastautin/tinggal tetap di Perak
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah
- Pemohon/penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi
CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
- Bayaran dibuat terus kepada pihak sekolah
- Permohonan kali pertama/berpindah sekolah hendaklah melalui borang yang disediakan dan dibuat oleh ketua keluarga/penjaga atas nama pelajar
- Permohonan yang lengkap wajib mendapat pengesahan daripada pihak sekolah (Guru Besar/Pengetua)
- Borang boleh didapati di pejabat MAIPk Perak
BORANG BANTUAN PERSEKOLAHAN PERAK (MAIPk)
Borang boleh didapati melalui :
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Waktu Berurusan
- Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg | 2.00 ptg – 5.00 ptg
- Jumaat : 8.00 pg – 12.15 tgh | 2.45 ptg – 5.00 ptg
- Telefon : 05 2084000
- lokasi : klik disini
SOALAN LAZIM :
- Jika anak saya lahir di Negeri Perak tetapi sekarang kami tinggal di Negeri Selangor, adakah saya boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan ini?
Tidak. Pemohon perlulah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Perak bagi melayakkan menerima skim bantuan ini.
- Saya telah menerima bantuan daripada sebuah yayasan untuk menanggung persekolahan anak saya. Adakah saya boleh memohon skim bantuan ini?
Jika bantuan tersebut masih tidak mencukupi, sila berurusan ke pejabat MAIPk.
- Bagaimanakah saya ingin mengetahui had kifayah keluarga saya?
Anda boleh menghubungi atau terus ke pejabat MAIPk untuk mengetahui mengenai perkara ini.
- Adakah skim bantuan ini termasuk bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang belajar di universiti?
Tidak. Skim Bantuan Persekolahan ini hanya untuk anak-anak yang masih bersekolah sahaja.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk Facebook Zakat Perak MAIPk dan layari laman web www.maiamp.gov.my
Sumber rujukan Sistem Guru Online
ARTIKEL BERKAITAN :
- Mohon Segera!!! Bantuan Telefon Pintar Percuma
- Bantuan Prihatin Rakyat 2021
- Bantuan Awal Persekolahan RM100 One-Off