Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan RM600 Pekerja Malaysia Bakal Berakhir Hujung Bulan Ini

Bantuan RM600 Pekerja Malaysia akan berakhir pada hujung bulan Disember ini. Anda sudah membuat permohonan? Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Bantuan RM600 Pekerja

Isi Kandungan

Bantuan RM600 Pekerja Kerjaya GiG

Bantuan RM600 Pekerja ini sudah pun dikeluarkan semenjak bulan Julai 2021 yang lalu rentetan daripada kejadian Covid-19 yang teruk menimpa negara. Maka dengan itu, banyak bantuan yang telah dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Bantuan ini juga termasuklah bantuan yang ditawarkan oleh pihak PERKESO.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan bantuan RM600 pekerja ini sudah lama dibuka. Dan bakal berakhir tidak lama lagi.

Tarikh Permohonan Dibuka:

15 Julai 2021

Tarikh Permohonan Ditutup:

31 Disember 2021

Apakah Jenis Bantuan Yang Ditawarkan?

Bantuan RM600 Pekerja

Senarai bantuan yang ditawarkan termasuklah:

Bantuan RM300 kepada individu yang layak sahaja.

Bantuan RM600 selama 6 bulan setiap bulan.

Mereka perlulah terlibat dalam program Kerjaya GiG.

Kelayakan Permohonan

Untuk memohon bantuan RM600 pekerja ini, pemohon mestilah menepati kriteria yang telah ditetapkan iaitu:

KRITERI KELAYAKAN 

  • Berdaftar sah dengan pihak PERKESO. 
  • Kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19.
  • Pemohon layak mestilah antara 18 tahun sehingga 60 tahun sahaja
  • Pekerja yang digajikan dan diberhentikan tanpa gaji(Juga berdaftar dengan PERKESO). 
  • Pencari pekerjaan yang terdiri daripada golongan:
    1. Gelandangan.
    2. Ibu Tunggal.
    3. Orang Kurang Upaya(OKU).
    4. Bekas penagih dadah.
    5. Orang Diparol(ODP).
    6. Peserta Return To Work PERKESO.
    7. Dan lain-lain.

 

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, ianya sangatlah mudah. Anda hanya perlu melayari laman web utama MyFuture Jobs. Tekan link di bawah.

Pautan Laman Web Rasmi MyFuture Jobs

  1. Tekan butang cari pekerjaan.
  2. Pilih dan mohon kesesuain pekerjaan yang anda mahukan dengan kelayakan anda.
  3. Apabila permohonan anda berjaya, majikan akan daftarkan pekerja di PERKESO.

Untuk makluman lanjut berkaitan cara permohonan, anda boleh membaca artikel lain berkaitan Kerjaya GiG PERKESO: Insentif Majikan dan Pekerja dan Bantuan EIS PERKESO Kehilangan Pekerjaan RM600.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Bantuan RM600 Pekerja

Di bawah ini merupakan ringkasan dokumen penting yang diperlukan untuk membuat permohonan.

  • Borang pengesahan pekerjaan yang ditandatangan oleh milik tuan itu.
  • E-mel pengesahan daripada operator berkaitan pekerjaan pemohon.
  • Maklumat akaun bank individu.
  • Surat/bukti/dokumen daripada majikan cuti tanpa gaji yang dikeluarkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya mereka yang berminat mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi medium di bawah:

  • 1-300-22-8000
  • 03-8091-5300

Video Bantuan

Mohon Sekarang Sebelum Berakhir

Perkongsian artikel pada kali ini adalah berkaitan peringatan tarikh tutup bagi permohonan bantuan RM600 pekerja Malaysia. Kepada anak muda terutamanya yang masih mengganggur dan tidak mempunyai kerja tetap. anda boleh cuba membuat permohonan ini.

Pada zaman sekarang, kita tidak boleh terlalu memilih pekerjaan.

Yang penting adalah mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga kita. Buatlah pilihan dan tindakan yang bijak.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More