Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Skim Bantuan Sara Hidup ATM (Bantuan Kebajikan & Pendidikan)

Berikut dikongsikan mengenai Bantuan Sara Hidup ATM yang disediakan oleh Kerajaan untuk makluman anda semua di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Bantuan Sara Hidup ATM?

Bantuan Sara Hidup ATM adalah bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tanggungan yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Mulai Tahun 2023, Bantuan Sara Hidup ATM telah dibahagikan kepada tiga (3) Skim, iaitu:

Skim 1 – Bantuan Sara Hidup 1Permohonan Biasa
Skim 2 – Bantuan Sara Hidup 2Perluasan Bantuan Sara Hidup Tahun 2023
Skim 3 – Bantuan Sara Hidup 3Pemanjangan Bantuan Sara Hidup Kepada Veteran ATM Tidak Berpencen Berumur 60 Tahun Ke Atas
Bantuan Sara Hidup ATM

Syarat Kelayakan Permohonan

Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Sara Hidup bagi Skim 1, Skim 2 dan Skim 3 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

3 Skim Bantuan Sara Hidup ATM (Bantuan Kebajikan & Pendidikan) 1
3 Skim Bantuan Sara Hidup ATM (Bantuan Kebajikan & Pendidikan) 2
3 Skim Bantuan Sara Hidup ATM (Bantuan Kebajikan & Pendidikan) 3

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Bantuan Sara Hidup ATM boleh dibuat dengan memuat turun dan melengkapkan borang berikut:

Borang permohonan tersebut hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya.

Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang diberikan.

Semua permohonan mestilah dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman Veteran.

Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.

Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima Bantuan Sara Hidup itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya. 

Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran Bantuan Sara Hidup sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun itu.

Sistem Vibes 2.0

Semakan Penyata Pencen Veteren ATM kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.

Bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.

Permohonan untuk Skim Bantuan Sara Hidup diatas juga perlu dikemukakan melalui Sistem Vibes 2.0.

Justeru, berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar ke dalam Sistem Vibes 2.0, iaitu:

  1. Pergi ke Portal VIBES 2.0.
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik ‘Daftar Pengguna’.
  3. Pilih ‘Jenis Pengguna’.
  4. Isi semua maklumat yang berkaitan.
  5. Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
  6. Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  7. Klik ‘Hantar Permohonan’. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.
3 Skim Bantuan Sara Hidup ATM (Bantuan Kebajikan & Pendidikan) 4

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara Hidup ATM ini, sila hubungi 03 – 2697 6600 / 03 – 2050 8000 atau terus menghadirkan diri ke alamat berikut:

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur,
Malaysia

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More