Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Golongan B40

Pada 7 April 2020 yang lalu, Yayasan YTL Foundation telah membuat pengumuman bahawa pelajar sekolah rendah atau menengah yang memenuhi kriteria adalah layak menerima  Bantuan Telefon Pintar Percuma . Program anjuran Yayasan YTL Foundation ini merupakan program Inisiatif Belajar dari Rumah atau juga dikenali sebagai Learn from Home Initiative. Telefon pintar percuma ini diberikan bersama kad SIM YES 4G bersama 120GB data.

Program bantuan Bantuan Telefon Pintar Percuma ini adalah tambahan kepada kad SIM YES 4G yang juga dilengkapkan dengan bantuan data internet percuma 120GB selain pemberian sumber pelajaran kepada para pelajar sekolah kerajaan.

Bantuan Telefon Pintar Percuma ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada para pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki peranti mudah alih atau telefon pintar.

Borang percalonan di bawah hendaklah diisi bagi para guru yang mewakili pelajar. Sebelum mendaftar, sila bersedia dengan maklumat berikut :

  1. Nama serta nombor kad pengenalan pelajar
  2. Nombor kad pengenalan anda (guru)
  3. Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa

Isi Kandungan

Link Untuk Membuat Permohonan

>>Sila Tekan Disini Untuk Membuat Permohonan<<

*Untuk ruangan biodata guru, ibubapa boleh mengisi biodata jiran atau saudara mara jika tidak dapat info dari para guru.

 

Kriteria Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma

  1. Guru yang terlibat mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan. (terkini kerana PKP anda boleh menggunakan nama jiran untuk mengganti biodata guru)
  2. Calon pelajar adalah daripada golongan keluarga B40
  3. Ibu bapa pelajar dan guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.
Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Golongan B40 1
contoh screenshot untuk BPN

Proses Pendaftaran Bantuan Telefon Pintar Percuma

Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya. Kemudian, bagi mendapatkan telefon pintar percuma dengan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan), pendaftaran hendaklah dikemukakan oleh ibu bapa.

Proses pendaftaran hendaklah diikuti oleh ibu bapa serta maklumat terperinci dikemukakan dan memuat naik dokumen di bawah :

  1. Satu salinan MyKad ibubapa
  2. Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  3. Sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40, mesti juga memuat naik bukti anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima, maklumat di atas diperlukan.

Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Golongan B40 2

Notifikasi e-mel berkenaan penghantaran telefin akan diterima oleh ibubapa sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan.

Maklumat yang diisi hendaklah tepat dan lengkap agar proses pendaftaran dan permohonan bantuan ini berjalan lancar dan berjaya.

Jika anda masih memerlukan cara membuat permohonan telefon percuma ini, anda juga boleh merujuk artikel kami yang bertajuk 7 Step membuat permohonan Telefon Percuma B40 ini sebagai rujukan.

SOALAN LAZIM

1. Bagaimana saya hubungi pihak YTL Foundation?

  • YTL Foundation (421570-A)
    Level, Menara YTL
    205, Jalan Bukit Bintang
    55100 Kuala Lumpur, Malaysia
    Emel: [email protected]
    Hotline: 03-20380888

2. Adakah telefon yang diberikan ini boleh membuat panggilan?

  • Ya. BOLEH. Selain anda menikmati kemudahan keseluruhan internet percuma berjumlah 120GB untuk selama 12 bulan iaitu 10Gb setiap bulan.
  • Selain itu, anda boleh call secara percuma selama 60 minit ke talian YES atau talian lain yang sah selama 12 bulan atau setahun
  • Anda juga boleh hantar SMS secara percuma TANPA HAD untuk talian YES

3. Adakah telefon pintar percuma ini perlu dipulangkan semula selepas ini?

  • Tidak, jika samartphone ini telah diberikan kepada anda, ia akan menjadi hak milik anda sepenuhnya

4. Saya masih belum daftarkan anak saya untuk mohon bantuan ini? Masih boleh mohon lagi?

  • Ya. Masih boleh lagi. Dipersilakan. Sudah ramai yang telah berjaya dapat

5. Adakah Bantuan Telefon Pintar Ini Harus Diteruskan?

Setiap dari kita umum mengetahui, keadaan terkini negara yang masih dilanda covid 19 menyebabkan PDPR perlu diteruskan. Jadi pada hemah kami, Permohonan Bantuan Telefon Pintar Percuma Golongan B40 harus diteruskan sehingga keadaan benar-benar pulih seperti sedia kala. Ibubapa sememangnya perlu dibantu untuk urusan keperluan persekolahan anak-anak kerana ada ibubapa yang telah diberhentikan kerja dan ada juga yang langsung tiada punca pendapatan. Hal ini perlu dipandang serius oleh semua pihak dan setiap dari kita harus saling bantu-membantu untuk meringankan beban yang perlu dipikul oleh mereka.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More