Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Tunai Tambahan One-Off SARA Dibayar Bermula 9 Disember

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pengkreditan bantuan tunai tambahan one-off SARA bagi tahun 2024 yang telah diumumkan untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Makluman Pembayaran Bantuan Tunai Tambahan One-Off SARA

Penyaluran bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang Bukan daripada kumpulan Miskin dan Miskin Tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024 (Isnin) dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui SARA dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

  1. Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM, kadar sumbangan adalah RM 1,200 (RM 100 / sebulan) atau RM 600 (RM 50 / sebulan) melalui pengkreditan di dalam kad pengenalan.
  2. Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM, kadar sumbangan adalah RM 300.
  3. Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM, kadar sumbangan adalah RM 150.

Di samping itu, pembayaran STR Fasa 4 kepada 8.7 juta penerima telah dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula pada 7 November 2024 secara berperingkat.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Jumlah Bayaran STR 2024 secara yang lebih terperinci, anda boleh rujuk DISINI.

Bantuan Tunai Tambahan One-Off SARA Dibayar Bermula 9 Disember 1
Bantuan Tunai Tambahan One-Off SARA Dibayar Bermula 9 Disember 2

Kadar Bayaran

Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima bantuan tunai tambahan one-off SARA bagi tahun 2024 ini adalah seperti berikut:

KategoriJumlah Bayaran
Isi RumahRM 300
Bujang & Warga Emas Tiada PasanganRM 150
Bantuan Tunai Tambahan One-Off SARA Dibayar Bermula 9 Disember 3

Kaedah Pembayaran

Pembayaran bantuan tunai tambahan one-off SARA mulai dibayar pada 9 Disember 2024 dan kaedah pembayarannya adalah melalui

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.

Notis terkini daripada BSN akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semakan Status Kelulusan

Semakan status kelulusan bantuan tunai tambahan one-off SARA bagi tahun 2024 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal STR 2024.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
  4. Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.
Bantuan Tunai Tambahan One-Off SARA Dibayar Bermula 9 Disember 4

Jika paparan skrin anda menunjukkan gambar seperti diatas, anda akan menerima bayaran bantuan tunai tambahan one-off SARA dengan kategori Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan manakala untuk kategori Isi Rumah, anda akan menerima bayaran RM300.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan bantuan tunai tambahan one-off SARA ini, sila rujuk pautan-pautan berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More