Bantuan Wang Ihsan RM1000 Buat Isi Rumah Terjejas Banjir
Bantuan Wang Ihsan RM1000 boleh dibuat permohonan mulai sekarang. Dapatkan cara membuat permohonan di sini. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.
Isi Kandungan
NADMA
NADMA adalah singkatan kepada National Disaster Management Agency atau dalam bahasa Melayunya adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri.
Agensi ini akan menguruskan perihal bencana alam yang berlaku di negara kita. Bantuan-bantuan akan disalurkan kepada mereka yang terlibat dalam sebarang kejadian bencana alam dan memerlukan sokongan kewangan.
Baru-baru ini, beberapa kawasan dalam negara kita mengalami bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Malangnya, hampir sebilangan mangsa banjir menghadapi kerugian yang agak besar. Bahkan sehingga ada yang kehilangan nyawa.
Moga-moga mereka ditempatkan dalam kalangan yang baik-baik sahaja.
Bantuan Wang Ihsan RM1000
Maka dengan itu, pihak NADMA menyatakan bahawa mangsa banjir yang terlibat boleh membuat permohonan bantuan wang ihsan sebanyak RM1000. Bantuan ini diharapkan mampu membantu meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka.
Dalam satu sidang media baru-baru ini, perdana menteri DS Ismail Sabri menyatakan bahawa sejumlah wang 100 juta ringgit Malaysia diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir.
Wang ini diharapkan agar mampu membaiki infrastruktur dan rumah kediaman yang rosak ditimpa banjir.
Kepada mereka yang terlibat, ambillah peluang ini untuk membuat permohonan dengan segera.
Syarat Kelayakan
Untuk membuat permohonan bantuan wang ihsan RM1000 ini, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi.
Antara syarat kelayakannya adalah seperti:
- Pemohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia yang sah.
- Pemohon menjadi MANGSA banjir atau bencana SEMASA kejadian berlaku.
- Pemohon mendiami rumah kediaman sendiri/rumah sendiri.
- Mendaftarkan nama yang lengkap menggunakan nama KIR(Ketua Isi Rumah).
- Pemohon mestilah ketua isi rumah sahaja.
*NOTIS:
Bantuan wang ihsan RM1000 ini hanya boleh dimohon sekali sahaja sepanjang tempoh bencana alam yang berlaku. Sekiranya bencana alam menimpa anda beberapa kali dalam musim tengkujuh ini, maka tiada permohonan lain yang dibolehkan.
Tiada permohonan bantuan wang ihsan RM1000 ini buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Maka rancanglah kegunaan wang bantuan Ihsan ini dengan sebaik mungkin.
Cara Permohonan
Bagaimanakah caranya untuk Ketua Isi Rumah membuat permohonan bantuan ini?
Ingin diingatkan bahawa permohonan adalah secara MANUAL sahaja. Tiada permohonan secara atas talian yang dibolehkan.
Terdapat 2 kategori yang dikelaskan bagi memohon bantuan ini, iaitu:
KATEGORI 1: Berpindah Ke Pusat Pemindahan Sementara
Kepada mereka yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di mana-mana kawasan anda, anda perlu merujuk ke petugas PPS masing-masing.
Dapatkan bantuan daripada mereka supaya anda mudah untuk membuat permohonan bantuan ini.
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Daerah masing-masing sahaja.
KATEGORI 2: Tidak Berpindah Ke Pusat Pemindahan Sementara
Mereka yang tidak berpindah ke PPS, tetapi turut terkesan dengan bencana ini, anda boleh membuat permohonan kepada Pegawai Daerah atau Ketua Komuniti masing-masing.
Dapatkan surat permohonan di sana.
Pengesahan kelulusan bantuan ini akan disahkan oleh:
- Pegawai Daerah.
- Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah(JPBD).
Kadar Bantuan
Berapakah kadar bantuan Wang Ihsan yang diperuntukkan kepada mereka yang terkesan akan banjir ini?
Adakah mereka boleh memohon nilai bantuan mengikut keperluan atau berdasarkan kadar gaji purata mereka?
Tidak, mereka akan diberikan kadar bantuan yang sama kepada semua pemohon bantuan ini.
Bantuan Wang Ihsan RM1000
Bantuan Wang Ihsan RM1000 ini akan diberikan kepada mana-mana pemohon yang terlibat dalam bencana alam. Mereka akan menerima sejumlah wang RM1000 sahaja.
Tiada kurang dan tiada lebih.
Bantuan Wang Ihsan RM5000
Sejumlah RM5000 pula boleh dimohon oleh mangsa banjir yang kehilangan ahli keluarga akibat bencana alam ini.
Moga-moga mereka akan sentiasa kuat dan cekal mengharungi dugaan ini.
Dokumen Yang Diperlukan
Untuk membuat permohonan, segala urusan akan dikendalikan oleh pihak berikut:
- Mereka yang berpindah ke PPS akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ini adalah tertakluk kepada mereka yang membawa kad pengenalan bersama mereka semasa pendaftaran.
- Mereka yang berpindah ke PPS tanpa membawa kad pengenalan, mereka akan dikendalikan oleh ketua-ketua masyarakat yang terlibat.
- Mereka yang tidak terlibat dengan pemindahan ke PPS, perlulah merujuk kepada Ketua Daerah masing-masing untuk mendapatkan senarai semak dokumen yang diperlukan.
Prosedur Pemberian Wang
Apabila permohonan bantuan wang ihsan RM1000 anda diluluskan, pembayaran akan dibuat seperti turutan di bawah:
- PERTAMA: PENDAFTARAN
Setiap mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS akan mendaftar terlebih dahulu. Maka dengan itu, secara tidak langsung nama mereka tersenarai yang layak bagi memohon bantuan ini.
- KEDUA: PENGESAHAN
Pengerusi JPBD akan membuat pengesahan kepada senarai permohonan yang dihantar oleh mangsa banjir.
- KETIGA: PERMOHONAN PERUNTUKAN
Pengerusi JPBN akan membuat permohonan peruntukan berdasarkan bilangan permohonan yang disahkan oleh Pengerusi JPBD kepada pihak NADMA.
- KEEMPAT: KELULUSAN
Pihak NADMA akan memberi kelulusan akhir untuk permohonan bantuan ini.
- KELIMA: PENYALURAN
Wang yang diluluskan akan disalurkan kepada Pengerusi JPBN untuk agihan wang.
- KEENAM: PENGAGIHAN KEPADA MANGSA
Pengerusi JPBD akan menguruskan fasa terakhir iaitu agihan wang RM1000 kepada mangsa yang lulus dalam permohonan ini.
Soalan Lazim Bantuan Ihsan RM1000
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan dan pertanyaan berkaitan bantuan ini, anda boleh membaca FAQ yang disediakan di bawah.
Ini merupakan himpunan soalan dan jawapan yang sudah dikeluarkan bagi menjawab persoalan anda semua.
*NOTIS: Selain daripada bantuan Wang Ihsan RM1000, anda juga boleh membuat permohonan berkaitan Bantuan Zakat Selangor RM600, Bantuan Elaun HONDA dan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN.
Hubungi Pejabat Daerah
Bagi 2 negeri berikut, anda juga boleh menghubungi pejabat daerah anda bagi bertanyakan berkaitan bantuan ini.
NEGERI |
DAERAH |
NOMBOR TELEFON |
SELANGOR |
KLANG |
03-3371 6700 |
PETALING |
03-7841 9462 |
|
KUALA LANGAT |
03-3182 2555 |
|
HULU LANGAT |
03-8911 5078 |
|
SEPANG |
03-8706 1212 |
|
GOMBAK |
03-26923626 |
|
KUALA SELANGOR |
03-3289 6225 |
|
HULU SELANGOR |
03-6064 5262 |
|
SABAK BERNAM |
03-32247058 |
|
PAHANG |
KUANTAN |
09-572 4351 |
PEKAN |
09-422 1128 |
|
ROMPIN |
09-414 1759 |
|
MARAN |
09-477 1196 |
|
TEMERLOH |
09-290 2819 |
|
BERA |
09-250 5418 |
|
JERANTUT |
09-260 8812 |
|
LIPIS |
09-312 1392 |
|
RAUB |
09-355 1824 |
|
BENTONG |
09-223 3368 |
|
CAMERON |
05-490 1999 |
|
HOTLINE MyGCC |
03-8000-8000 |
Video Bantuan Wang Ihsan RM1000
Bawah ini merupakan berita rasmi berkaitan bantuan wang ihsan RM1000 yang anda boleh tonton.
Buat Permohonan Dengan Segera
Diharapkan agar perkongsian berkaitan artikel bantuan wang ini mampu memberikan keringanan bebanan kepada para mangsa banjir. Banyak kerugian yang perlu mereka tanggung dan baiki, lebih-lebih lagi infrastruktur di rumah.
Sesungguhnya, ujian bencana alam ini bukanlah permintaan kita. Mahu atau tidak, kita harus menerima dengan sabar dan cekal hati.
Gunakanlah bantuan ini dengan sebaik mungkin sekiranya anda berjaya membuat permohonan dan diluluskan. Jangan berputus asa kerana masih ramai dan banyak organisasi di luar sana yang sedang menanti permintaan anda.
Bersama-sama kita saling membantu bagi mengharungi ujian ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita teguh.