Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN WARGA EMAS (BWE) 2022

Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua kini dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terdahulu, melalui belanjawan 2021 yang lalu Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan menteri kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua ini dinaikkan kepada RM500 seorang.

Pelbagai bantuan yang telah disediakan oleh JKM termasuk Bantuan Warga Emas ini. Untuk maklumat mengenai semakan status dan jadual pembayaran bantuan anda boleh baca di sini.

BANTUAN WARGA EMAS

Isi Kandungan

APAKAH BANTUAN WARGA EMAS ATAU BANTUAN KEBAJIKAN ORANG TUA?

Bantuan warga emas Malaysia adalah bantuan yang diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

APAKAH KRITERA KELAYAKAN KHUSUS?

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
    i.  Institusi kendalian JKM; atau
    ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

BERAPAKAH KADAR BANTUAN WARGA EMAS 2022?

Kadar bantuan adalah :

  • RM500 sebulan seorang.

BANTUAN WARGA EMAS

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS 2022?

Berikut adalah cara-cara membuat permohonan :

  • Sila layari laman ebantuanjkm;
  • Klik pada butang daftar permohonan.
  • Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan.
  • Setelah selesai, klik butang daftar.
  • Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda. Kegagalan untuk hadir ke pejabat terdekat boleh menyebabkan permohonan dibatalkan serta merta.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

DOKUMEN SOKONGAN

Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Antara dokumen yang diperlukan adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  • Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya.
  • No. Tel: 03-8000 8000

Akhir kata, semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua yang membaca. Sekiranya anda atau ibu bapa atau kenalan anda memenuhi kriteria untuk permohonan, anda dijemput untuk membuat permohonan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More