Permohonan Bantuan Warga Emas 2025 RM600/Sebulan
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan Bantuan Warga Emas 2025 yang kini telah dibuka mulai 1 Januari 2025.
Isi Kandungan
Tujuan & Kadar Bantuan Warga Emas 2025
Bantuan Warga Emas diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Melalui Belanjawan 2025, kadar bantuan untuk warga emas kini dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebelum ini, dan ia berkuat kuasa mulai tahun 2025.
Belanjawan 2025 merupakan langkah proaktif Kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan rentan seperti warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan keluarga terus terpelihara dan tidak diabaikan.
Belanjawan 2025 ini adalah cerminan dan bukti usaha keras Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat seperti warga emas, OKU, kanak-kanak dan keluarga tidak dipinggirkan.
Untuk makluman, peruntukan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2025 juga dinaikkan daripada 2.4 bilion kepada 2.9 bilion.
Kenaikan ini diharap dapat memberi manfaat dan kesejahteraan kepada mereka yang memerlukan.
Selain itu, kenaikan syarat dan kelayakan bantuan penjagaan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar (BPT)
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Warga Emas 2025, iaitu:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Membuat Permohonan
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon Bantuan Warga Emas 2025 seperti berikut:
- Sila muat turun borang permohonan berikut.
- Cetak borang tersebut.
- Kemudian, isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Setelah borang tersebut selesai diisi, pemohon perlu menghadirkan diri di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berhampiran.
- Selesai.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
- Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan Bantuan Warga Emas 2025, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!