Bas Online: Platform Tempahan Tiket Bas No.1 Di Malaysia
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai proses untuk membuat tempahan atau pembatalan tiket bas online dengan mudah untuk pengetahuan anda semua diluar sana.
Isi Kandungan
Tempah Tiket Bas Online Anda Di redBus!
redBus merupakan sebuah platform online terkemuka Malaysia untuk tiket bas dan telah meraih kepercayaan berjuta-juta pengembara global.
redBus menawarkan cara yang mudah, telus dan selamat untuk menempah tiket bas secara online dari keselesaan di mana pun anda berada.
Dengan rangkaian luas lebih 130 pengendali bas yang meliputi lebih 4,000 laluan di seluruh Malaysia dan Singapura, redBus juga menyediakan pelanggannya perkhidmatan tempahan online feri dan bas yang tiada tandingan.
Tiket bas online di Malaysia berharga sekitar RM30 hingga RM140. Walau bagaimanapun, tambang bas mungkin berbeza bergantung pada pengendali bas, jenis laluan bas dan ketersediaan.
Cara Membuat Tempahan Tiket Bas Online
Sistem tempahan tiket bas online yang mesra pengguna dan selamat ini membolehkan anda membeli tiket bas dengan mudah, sama ada anda berada di rumah atau semasa dalam perjalanan, hanya dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi redBus atau layari laman web rasmi redBus.
- Masukkan lokasi anda ‘Dari’ mana ‘Ke’ mana. Kemudian, masukkan ‘Tarikh Seterusnya’ dan ‘Tarikh Pulang’ anda dan klik ‘Carian.’
- Pilih bas pilihan anda daripada pilihan yang tersedia, pilih tempat duduk anda, dan pilih tempat untuk naik dan turun.
- Selesaikan tempahan anda dengan pembayaran online yang selamat.
Pelanggan boleh menghubungi perkhidmatan penjagaan pelanggan redBus 24/7 di Pautan Talian Bantuan jika ada sebarang permasalahan dan memerlukan bantuan.
Muat turun aplikasi redBus untuk diskaun menarik dan tawaran pulangan tunai bagi tempahan tiket bas online anda!
Cara Membuat Pembatalan Tiket Bas Online
Antara salah satu kebaikan utama menempah tiket bas online adalah apabila anda berpeluang membatalkan tiket dalam hanya kurang dari 5 minit sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam rancangan anda.
Kebanyakan platform e-tiket juga membenarkan pembayaran balik selepas tiket bas dibatalkan. Semua ini boleh dilakukan tanpa perlu menghadirkan diri ke kaunter tempahan tiket secara fizikal.
Banyak platform e-tiket menawarkan aplikasi mudah alih peribadi yang membolehkan pengguna membatalkan tiket bas mereka secara online.
E-tiket membantu penumpang dalam pra-perancangan perjalanan mereka serta menjimatkan masa dengan tidak menunggu sebarang bentuk pengangkutan.
Anda hanya boleh membuat pembatalan tiket online bas anda sebelum bas dijadualkan berlepas.
Jika anda tidak sempat menaiki bas, anda mesti membatalkan tiket anda terlebih dahulu kerana tiada operator bas akan membatalkannya sebaik sahaja bas meninggalkan balai pelepasan.
Operator bas tidak boleh menggantikan penumpang jika mereka tidak mempunyai maklumat mengenai tiket yang dibatalkan tersebut.
Bas tidak boleh berhenti untuk mencari penumpang lain untuk mengisi tempat duduk kerana ini akan mengganggu jadual perjalanan.
Oleh itu, penumpang perlu membatalkan tiket bas mereka seawal mungkin supaya boleh mendapatkan bayaran balik tiket bas.
Penumpang mungkin ingin membatalkan tiket bas online mereka kerana pelbagai situasi. Beberapa sebab yang memerlukan pembatalan tiket bas online ini adalah seperti berikut:
- Sekiranya anda menempah tiket di bas yang salah (bas untuk ke laluan lain), anda boleh membuat pembatalan tiket bas anda dengan serta-merta.
- Sekiranya anda menempah bas pada masa yang salah dan tidak mengikut masa perjalanan yang dikehendaki, anda juga boleh membuat pembatalan tiket bas anda.
- Jika rancangan perjalanan anda telah ditangguhkan ke tarikh lain, anda juga boleh membatalkan tiket bas anda untuk mendapatkan bayaran balik tiket bas sebanyak mungkin.
- Kadang-kala, penumpang tidak dapat sampai ke tempat menaiki bas tepat pada masanya, maka mereka perlu membuat pembatalan tiket bas yang telah dibuat. Walau bagaimanapun, jika anda lewat hanya beberapa minit sahaja, anda masih boleh menghubungi operator bas dan meminta mereka menunggu beberapa minit dan ia bukanlah satu jaminan bahawa operator bas akan menunggu melebihi masa yang dijadualkan untuk menaiki bas, tetapi mereka boleh melanjutkan sedikit masa berpandukan beberapa situasi.
Langkah-langkah / proses pembatalan tiket bas online adalah seperti berikut:
- Buka laman web / aplikasi penyedia tiket bas online tersebut.
- Log masuk dengan maklumat yang diperlukan.
- Setelah anda log masuk, anda akan dapat melihat sejarah tempahan. Cari tiket bas yang hendak dibatalkan daripada sejarah tempahan. Anda akan dapat melihat pilihan ‘pembatalan’ sekiranya bas belum lagi berlepas.
- Lihat pilihan pembatalan dan batalkan tiket.
- Terima pulangan wang.
Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!
Artikel Berkaitan: 7 Langkah Mudah Claim TNG Refund.