Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Batuk Kering: Punca Dan 4 Info Kontak TIBI

Batuk kering atau dikenali juga sebagai Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang biasanya disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis (MTB). Tuberkulosis umumnya menyerang paru-paru, tetapi kesannya akan mempengaruhi bahagian badan yang lain.

Menurut laman Hello Doctor,

Bakteria TB akan mula menunjukkan simptom selepas jangka waktu tertentu iaitu antara beberapa minggu hingga beberapa tahun, dan hal ini bergantung kepada kesihatan pesakit.

Jika pesakit mempunyai sistem imun yang lemah (menghidap HIV,  kanser atau kemoterapi), maka TB akan merebak dengan lebih cepat.

Isi Kandungan

Tanda Dan Gejala Batuk Kering

Menurut seperti yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Maaysia (KKM), berikut adalah tanda dan gejala penyakit batuk kering atau tuberkulosis:

  • Batuk melebihi dua minggu
  • Demam
  • Susut berat badan
  • Batuk berdarah
  • Hilang selera makan

Simptom-simptom TB mungkin disebabkan oleh banyak penyakit lain yang berkaitan dengan paru-paru.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

batuk kering
Sumber Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Risiko Batuk Kering

Seperti yang dikongsi laman Hello Doctor juga, berikut adalah senarai mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit TB ini. Mereka ini adalah seperti berikut;

Berikut adalah mereka yang sering mengalami atau mempunyai risiko tuberkulosis yang tinggi, termasuk:

  • Mempunyai HIV atau penyakit yang melemahkan sistem imun
  • Mempunyai perhubungan rapat dengan mereka yang menghidap TB
  • Mereka yang menjaga pesakit-pesakit TB (doktor atau jururawat)
  • Menetap dan bekerja di tempat yang sama seperti pesakit-pesakit TB, seperti kem pelarian, klinik
  • Mereka yang tinggal di kawasan dengan tahap kesihatan yang rendah
  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah
  • Mengembara ke tempat-tempat di mana TB masih berleluasa. Kebanyakan mereka berada di negara-negara yang membangun seperti Amerika Latin, Afrika, Asia, Eropah Timur dan Rusia

Pemeriksaan Kontak TB

Seperti yang sedia maklum, penyakit TB atau batuk kering ini boleh berjangkit melalui udar. Disebabkan itu pesakit TB perlu dikuarantin mengikut tempoh tertentu seperti yang dinyatakan oleh doktor.

Namun, ayuh kita lihat bagaimana pemeriksaan ke atas kontak TB jika terdedah atau berdekatan dengan pesakit ini.

Kepentingan Pemeriksaan Kontak

  • 5 hingga 10 peratus kontak TB berisiko mendapat TB dalam tempoh 2 tahun
  • Tujuan pemeriksaan kontak membolehkan diagnose dan rawatan awal diberikan

Siapakah kontak TB?

Kontak TB adalah seseorang yang terdedah kepada pesakit yang telah didiagnose penyakit TB. Mereka yang boleh masuk kategori kontak TB adalah seperti berikut:

  • Tinggal serumah
  • Akrab dan kerap bertemu
  • Pernah bertemu dalam aktiviti sosial
  • Bersama dalam kenderaan semasa perjalanan
  • Dalam stesen kerja yang sama dan institusi yang sama

Ujian dan Pemeriksaan Kontak

  • Pemeriksaan klinikal atau gejala
  • Tuberculin Skin Test (TST)
  • Ujian IGRA (dengan persetujuan)
  • Ujian kahak mikroskopi
  • X-Ray dada

Rawatan susulan

  • Jika disahkan dijangkiti TB: diberi rawatan TB selama 6 bulan
  • Jika disahkan Latent TB: Akan diberi rawatan LTBI selama 6 bulan
  • Jika normal: akan melalui pemeriksaan selama 4 kali dalam tempoh 2 tahun
batuk kering

Penutup

Jika anda menyedari gejala di atas ada pada anda atau menyedari ada terlibat dengan kontak penyakit batuk kering atau Tibi ini, cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Begitu juga jika mengalami batuk berdarah, pastikan juga mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan pasukan kesihatan negara.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More