Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Batuk kokol (Pertussis) : 5 Tanda dan Gejalanya

Pernah tak anda terfikir batuk kokol ini mampu membahayakan kesihatan kita? Hal ini kerana, batuk kokol ini bukanlah batuk yang biasa-biasa dan mungkin ada dikalangan kita ini tidak tahu apa itu batuk kokol Jadi jom kita baca serba sedikit perkongsian di bawah.

Isi Kandungan

Apakah itu Batuk Kokol?

batuk kokol
Pertussis
batuk kokol
Pertussis

Pertussis atau dikenali sebagai batuk kokol (whooping cough) merupakan sejenis jangkitan bakteria yang melibatkan di bahagian saluran pernafasan.

Pertussis ini boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia. Ianya boleh merebak atau dijangkiti melalui titisan cecair pernafasan seperti bersin ataupun batuk daripada individu yang terkena penyakit tersebut.

Jika individu tersebut mengalami batuk yang berpanjangan iaitu selama berminggu – minggu, kemungkinan individu itu mengalami gejala penyakit ini. Ketahui bahawa orang ramai boleh menyebarkan bakteria ini dari permulaan simptom pertama dan sekurang – kurangnya 2 minggu selepas batuk bermula. Pengambilan antibiotik pada awal penyakit boleh memendekkan masa seseorang itu berjangkit. Sesetengah orang mempunyai simptom ringan dan tidak tahu bahawa mereka mempunyai batuk kokol, tetapi mereka masih boleh menyebarkan bakteria kepada orang lain. Justeru, ramai bayi yang mendapat batuk kokol kerana dijangkiti oleh adik – beradik yang lebih tua, ibu bapa atau penjaga yang tidak mengetahui bahawa mereka menghidapnya. Jelasnya, bagi bayi yang berusia 6 bulan merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Tanda dan Gejala

batuk kokol

Berikut menunjukkan beberapa tanda dan gejala kita dijangkiti Pertussis seperti :

  1. Selsema dan bersin
  2. Batuk teruk yang berpanjangan
  3. Kesukaran bernafas
  4. Muka kemerahan dan kebiruan ketika serangan batuk
  5. Muntah serta keletihan akibat batuk yang teruk

Selain daripada itu, kita juga perlu ketahui bahawa batuk ini sebenarnya ada 6 jenis. Jika anda ingin tahu, jom kita lihat rajah di bawah :

6 JENIS BATUK DAN KETAHUI MAKSUDNYA

SELESEMA & DEMAM
> Simptom yang disebabkan perubahan cuaca dan kadangkala tanda radang paru-paru (Pneumonia)
BATUK MASAM
> Petanda GERD (penyakit gastroesophageal reflux), asid perut masuk ke dalam tekak yang melebihi 2 bulan
BATUK BASAH
> Bronkitis yang berlaku apabila saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan mukus
BATUK KERING
> Petanda asma, selalu batuk pada waktu malam tanpa mukus dalam masa yang lama
BATUK PEROKOK
> Tanda popular dalam COPD yang mempunyai masalah dengan pernafasan disebabkan sekatan saluran pernafasan
BATUK BERDARAH
> Mungkin datang dari paru – paru atau saluran pernafasan dan boleh jadi tanda penyakit berbahaya lain seperti kanser paru – paru

Komplikasi Kepada Pertussis

KOMPLIKASI SERIUS
Radang paru – paru (Pheumonia)
Kurang bekalan oksigen ke otak disebabkan batuk berterusan sehingga mengakibatkan :
– Sawan
– Fungsi otak yang tidak normal (Encephalopathy)
– Kematian

Apa Tindakan Yang Perlu Kita Ambil Sekiranya Mangalami Batuk Kokol?

Jika anda mendapati diri anda mengalami tanda-tanda mahupun gejala yang sedemikian, anda hendaklah:

  • Memastikan diri anda mendapatkan rawatan yang segera jika mengalami gejala seperti pertussis.
  • Pastikan bayi dan kanak – kanak mendapat lengkap suntikan vaksin pertussis (kini diberikan pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan dalam bentuk vaksin kombinasi enam serangkal iaitu difteria, tetanus, Pertussis, polio, Hepatitis B dan Haemophilus influenzae type b).
  • Mengenal pasti bahawa individu yang bergejala itu perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan menutup mulut dan diikuti mencuci tangan bagi mencegah penularan kepada individu lain.
  • Mengamalkan penjagaan jarak sosial yang baik.

Justeru itu juga, anda dinasihatkan untuk memakai pelitup muka ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mencegah penularan penyakit ini. Sekiranya anda atau anak menunjukkan simptom – simptom seperti yang disebut di atas, rujuklah kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Akhir sekali, diharapkan perkongsian yang diberikan ini dapat memberikan manfaat dan pengetahuan kepada semua tentang bahayanya penyakit batuk kokol ini. Jadi janganlah kita mengambil endah akan kesihatan diri kita dan sentiasalah menjaga diri agar terhindar daripada dijangkiti kerana walaupun kebanyakan kanak-kanak tua sihat serta dewasa dapat pulih sepenuhnya, jangkitan pada bayi ini akan memberikan impak yang kritikal.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More