Baucar Beli Belah RM150 Untuk Warga Emas Selangor
Baucar beli belah RM150 untuk warga emas di negeri Selangor boleh mula dipohon bermula 1 Januari 2023 ini menerusi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
Semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2023 oleh Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Seri Amiruddin Shari menjelaskan sebanyak 37.5 juta dana telah diperuntukkan kepada warga emas menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Isi Kandungan
Baucar Beli Belah Dinaikkan RM100 Ke RM150
Sebelum ini, di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini baucar shopping diberikan kepada ahli yang berdaftar pada bulan kelahiran mereka sebanyak RM100.
Namun, menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2023, YB Menteri Besar telah menaikkan kepada RM150 seorang warga emas dan layak memohon pada bila-bila masa dalam setahun, tidak tertakluk pada bulan kelahiran sahaja.
Siapa Yang Layak Dapat Baucar RM150
Berikut adalah senarai mereka yang layak menerima Baucar Beli Belah RM150
- Warga Emas berusia 60 dan ke atas
- Warga Orang Kurang Upaya (OKU) (Tidak terlaktuk umur)
- Kedua-dua golongan di atas layak sekiranya berdaftar menerusi program SMUE di bawah Yayasan Wawasan Selangor
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat bermula:
- 1 Januari 2023
Syarat Permohonan
Antara syarat permohonan baucar beli belah RM150 atau ahli SMUE ini bagi warga emas adalah:
- Warganegara Malaysia; DAN
- Berumur 60 tahun dan ke atas;DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
- Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Dokumen Diperlukan
Semasa ingin membuat permohonan, pemohon perlu melengkapkan beberapa dokumen agar permohonan diterima. Dokumen itu adalah:
- Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
- Satu Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Satu Salinan Kad Pengenalan Pewaris
- Satu Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR
- Satu Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika pemohon adalah OKU)
- Surat Pengesahan Mastautin (Sekiranya pemohon bukan kelahiran Selangor)
- Surat Akuan Sumpah (jika pewaris bukan dikalangan **keluarga terdekat)
- Satu salinan dokumen Pendaftaran Pertubuhan / Rumah Kebajikan
Cara Memohon
Untuk permohonan, pemohon baucar beli belah RM150 boleh memilih samada ingin memohon secara manual atau secara atas talian.
Permohonan Manual (Isi Borang)
- Bagi permohonan secara manual, pemohon perlu memuat turun borang dan hantar ke Pejabat YAWAS atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran. Borang permohonan boleh MUAT NAIK DI SINI.
- Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan di Pejabat Khidmat Masyarakat masing-masing.
Permohonan Atas Talian (Online)
- Permohonan menerusi online boleh mohon dengan klik link DI SINI.
- Bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan.
- Permohonan secara atas talian perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat.
- Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat.
Semakan Permohonan
Untuk semakan, pemohon atau wakil boleh melayari laman website rasmi Yayasan Wawasan Selangor dan tekan LINK ini untuk mengetahui samada layak atau tidak mendapat baucar beli belah RM150.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau persoalan lanjut mengenai program ini, pemohon atau wakil boleh terus hubungi:
Pejabat YAWAS:
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Aduan Atau Pertanyaan: icare.yawas.my
Emel: [email protected]
No Telefon: 03 5481 8800
Penutup
Untuk makluman, setakat hari ini, seramai lebih 423,789 ahli yang berdaftr di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini. Manakala seramai lebih 237,400 permohonan diluluskan untuk menerima Baucar Beli Belah.
Sebelum ini, had kelayakan penerima Baucar Beli Belah adalah gaji RM2000, namun bermula tahun hadapan, ianya dinaikkan kepada RM3000 agar lebih ramai yang layak.
Selain untuk warga emas dan OKU, Baucar Jom Shopping atau Beli Belah ini juga boleh dipohon untuk mereka yang berbangsa Cina yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Macam mana nak mohon? Klik DI SINI dan mohon sekarang.
Jom semua kita sebarkan agar lebih ramai yang mendapat manfaat!