Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 Melalui Platform MySISWAPLACE

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pengagihan Baucar Buku Pelajar IPT bagi Fasa 2 bermula 30 Oktober 2024.

Isi Kandungan

Inisiatif Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneruskan inisiatif baucar buku bernilai RM100 kepada para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagaimana telah dilaksanakan pada Jun lalu.

Pelaksanaan fasa kedua ini dijadual akan bermula pada 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024 yang akan memanfaatkan lebih 1 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.

Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 Melalui Platform MySISWAPLACE 1

Mekanisme Pelaksanaan

Bagi fasa kedua, penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.

Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE bermula 30 Oktober 2024.

Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.

Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 Melalui Platform MySISWAPLACE 2

Syarat Kelayakan Penebusan Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2

Kelayakan untuk membuat penebusan adalah seperti berikut:

  • Pelajar IPT (Universiti Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti) yang berdaftar di bawah KPT sahaja;
  • Pelajar IPT yang berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024;
  • Pelajar IPT di peringkat Sijil sehingga Ijazah Doktor Falsafah;
  • Pelajar IPT mod pengajian separuh dan sepenuh masa; dan
  • Warganegara Malaysia sahaja.

Kaedah Penebusan Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2

Langkah-langkah untuk membuat penebusan adalah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan di portal MySISWAPLACE.
  2. Kod baucar akan dijana sekiranya anda layak.
  3. Pembelian buku boleh dibuat. Hanya sah menggunakannya untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE sahaja.
  4. Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.

Pemilihan Platform MySISWAPLACE

Pemilihan portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif ini.

MySISWAPLACE membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian (online) yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan.

Majlis Peluncuran MySISWAPLACE telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, pada 29 Oktober baru-baru ini.

KPT berharap inisiatif ini dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT serta bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.

Kenyataan mengenai Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 ini telah rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada Isnin, 28 Oktober.

Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 Melalui Platform MySISWAPLACE 3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Inisiatif Baucar Buku Pelajar IPT Fasa 2 ini, sila rujuk portal rasmi Yayasan Perkasa Siswa : MySiswaPlace atau facebook rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More