Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bawang Merah;8 Kebaikan Untuk Kesihatan

Bawang merah semestinya barang wajib yang ada di dapur setiap rumah kan? Ini kerana bawang merah merupakan bahan utama dalam kebanyakan masakan Melayu. bayangkan, nak menumis, nak buat sambal, buat sup, kari, goreng sayur dan macam-macam masakan lagi kalau tiada bwang merah, apa rasanya? Sudah pasti akan rasa kekurangan situ sini masakan tersebut kan.

Walaupun popular untuk dimasukkan dalam masakan, tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya bwang merah ini ada banyak khasiat untuk kesihatan. Nak tahu apa? Jom baca lanjut perkongsian ini.

Isi Kandungan

Khasiat bawang merah

Antara khasiat bawang merah adalah seperti berikut;

Mengandungi antioksidan seperti flavonoid dan polifenol, membantu melawan radikal bebas dalam tubuh. Nutrisi penting seperti vitamin C, vitamin B6, dan serat diet turut terkandung dalam bawang merah.

bawang merah
  • Menyokong sistem imunisasi badan

Kandungan vitamin C meningkatkan produksi sel darah putih, memperkuat sistem ketahanan tubuh, dan melindungi dari infeksi dan penyakit.

  • Merendahkan risiko sakit jantung

Kandungan allicin dapat menurunkan tekanan darah, meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL), serta mengurangi risiko pembekuan darah. Jika nak tahu tanda sakit jantung boleh baca di SINI ya.

Bawang Merah;8 Kebaikan Untuk Kesihatan 1
  • Baik untuk pencernaan

Serat dalam bawang merah menyokong kesihatan pencernaan, mengatasi sembelit, memperbaiki fungsi usus, dan menyokong bakteria baik.

  • Kesan anti inflamasi

Sifat anti inflamasi membantu mengurangi keradangan dalam tubuh, bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah keradangan seperti arthritis.

  • Menurunkan gula dalam darah

Allicin dan diallyl trisulfide diyakini memiliki kesan positif pada control gula darah, membantu mereka yang menghadapi masalah diabetes.

Bawang Merah;8 Kebaikan Untuk Kesihatan 2
  • Antioksidan untuk kesihatan mata

Nutrisi seperti quercetin dan selenium melindungi mata dari kerosakkan radikal bebas, memberikan manfaat untuk kesihatan mata.

Penutup

Macam mana? Lepas tahu khasiat bwang merah ni, ada rasa bangga tak sebab kita gunakan bwang merah untuk masak seharian di rumah? Jadi lepas ini, jangan skip bawang merah ya. Kalau masukkan lebih pun jangan risau, mudah-mudahan bermanfaat untuk kesihatan seisi keluarga.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More