Bayam Brazil
Jom kenali Bayam Brazil melalui perkongsian dari FB Komuniti Mutiara – 1rumah1kebun.
Tumbuhan yang berasal daripada Brazil ini mudah hidup jika hendak di tanam sendiri secara keratan batang. Mempunyai pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda.
Rasanya seperti kombinasi kangkung dan kailan. Boleh dimasak dengan pelbagai resepi juga boleh dijadikan salad.
Isi Kandungan
🍀BAYAM BRAZIL🍀
Bayam atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yg berasal daripada Brazil.
Daunnya yang tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.
Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-
1) melawan kanser
2) mengekalkan kesihatan mata
3) salah satu sumber vitamin K
4) menguatkan tulang
5) membantu menurunkan berat badan
6) meningkatkan sistem imuniti badan
7) membantu sistem penghadaman
8)mengelakkan daripada sembelit
9) membantu melancarkan darah
10) mencegah anemia
11) mengatasi masalah gusi
12) nutrisi yang baik untuk pembesaran
13) mengekalkan stamina
14) mengekalkan kesihatan mulut
15) mengikat kalsium
16) mencegah penuaan pramatang
17) mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Hakikatnya bayam ini adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita.
1. Sup Bayam @ Bayam Brazil dengan Suhun@ Sup Sayur Campur Bayam
2. Gulai Lemak Bayam @ Gulai Lemak Bayam dengan Udang @ Gulai Lemak Bayam dan Labu
3. Tumis Bayam
4. Bayam Brazil Goreng Belacan
5. Bayam Brazil Goreng Tepung
6. Salad
Ayoh semua tanam bayam brazil : hubungi rakan kebun 1R1K anda utk dapatkan benih untuk ditanam. Tanamlah didalam pasu supaya senang diurus dan cantek dipandang ,boleh dijadikan dekorasi diluar dan dalam rumah yang menarik.
#1rumah1kebun
#komunitimutiara
#bayambrazil
Jika anda telah bosan atau kurang meminati makan sayur bayam biasa, mungkin dari perkongsian ini anda boleh mencuba Bayam Brazil pula. Selamat Mencuba!
sumber : FB Komuniti Mutiara – 1rumah1kebun