BAYAM BRAZIL, RAMAI YANG TIDAK TAHU KHASIATNYA WALAUPUN SUDAH ZAMAN 2020
Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang.
Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Bayam ini juga tanaman yang cepat membesar. Daun bayam ini tidak berlendir dan juga rangup. Di Barat, Bayam ini di makan mentah seperti di buat salad.
Isi Kandungan
Khasiat Bayam Brazil
Bayam ini terdapat banyak khasiat, Antara khasiatnya ialah
- Melawan kanser
- Mengekalkan kesihatan mata
- Memberi sumber vitamin K
- Menguatkan tulang
- Menurunkan berat badan
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Membantu sistem penghadaman
- Mengelakkan daripada sembelit
- Membantu melancarkan darah
- Mencegah anemia
- Mengatasi masalah gusi
- Mengekalkan stamina
- Mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda
Cara tanam
Bayam ini paling mudah tanam dengan keratan batang. Kita potong sahaja keratan batang dalam 4-7 cm. Kemudian cucuk di dalam pasu.
Sekitar 4-7 hari kita akan mula nampak bayam ini mula mengeluarkan pucuk dan daun baharu. Itu tanda bayam brazil kita menjadi.
Bayam ini suka tanah yang kaya dengan bahan organik. Jadi eloklah campuran tanah kita buat itu kaya dengan kompos. Walaupun begitu, jangan risau jika tiada. Bayam brazil tidak cerewet. Apa-apa tanah pun boleh ia hidup.
Siraman dua kali sehari membantu untuk bayam ini tumbuh subur.
Bagi pembajaan, boleh dibuat sebanyak 2 kali dalam sebulan.
Bayam brazil tidak perlu ditanam dalam pasu besar. Cukup sekadar pasu bersaiz 15-30 cm diameter dengan ketinggian 15 cm.
Apabila pokok mula tinggi melebihi 20 cm, eloklah kita pangkas pokok. Kekalkan dalam 10-15 cm sahaja tinggi. Ini agar pokok nampak kemas dan tersusun. Lebihan itu boleh kita semain lain atau dibuat makan.
Bayam brazil tidak digalakkan dimakan mentah. Eloklah dicelur dahulu agar dapat mengurangkan kandungan asid oksalid di dalamnya. Asid oksalid ini tidak sesuai untuk orang yang ada penyakit gout.
Bagi mereka yang gemar berkebun, bolehlah mencuba pula tanam Bayam Brazil ini. Selain mudah di tanam, Ia juga terdapat pelbagai khasiat.
Semoga Bermanfaat!