Bayar Cukai Tanah Secara Online Mengikut Negeri
Bayar Cukai Tanah Secara Online bagi setiap negeri ini adalah untuk memudahkan semua pihak. Cukai tanah juga ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai:
- Apa-apa jumlah wang tahunan yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa;
- Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
- Apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.
Mengikut undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah anda akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.
Tempoh pembayaran Cukai Tanah pula antara 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.
Bayar Cukai Tanah Secara Online
Nilai cukai yang dikenakan adalah berbeza mengikut negeri dan lokasi. Setiap dalam sebuah negeri yang sama mungkin juga dikenakan jumlah cukai yang berbeza.
Dengan kemudahan pembayaran dalam talian, kesemua negeri (atau hampir kesemua) di Malaysia memperkenalkan kemudahan Bayar Cukai Tanah Secara Online.
Untuk Bayar Cukai Tanah Secara Online mengikut negeri, sila klik pautan di bawah mengikut negeri pemilikan hartanah anda:
Negeri |
Pautan Bayar Cukai Tanah Secara Online |
Selangor |
|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
|
Perak |
|
Melaka |
|
Negeri Sembilan |
|
Pulau Pinang |
|
Pahang |
|
Johor |
|
Kedah |
|
Perlis |
|
Terengganu |
|
Kelantan |
|
Sabah |
|
Sarawak |
Tiada |
Penutup
Manfaatkan Bayar Cukai Tanah Secara Online dan anda tidak lagi perlu membazir berjam-jam lamanya untuk beratur bagi menjelaskan Cukai Tanah anda. Pautan bagi negeri Sarawak akan dikemaskini sekiranya terdapat perkembangan terbaru.
Semoga perkongsian tentang Bayar Cukai Tanah Secara Online ini bermanfaat untuk anda!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.