Cara Bayar Saman JPJ Online Bagi Tahun 2024

Berikut dikongsikan cara mudah untuk bayar saman JPJ online untuk pengetahuan anda semua di luar sana.
Isi Kandungan [show]
Jenis Saman Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbahagi kepada 2 iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.
- Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
- Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

Kategori Kesalahan JPJ Bagi Pengguna Jalanraya
Antara kesalahan-kesalahan yang akan didapati bersalah oleh pihak JPJ kepada semua pengguna jalanraya adalah seperti mengikut kategori di bawah.
Kategori 1 | Kesalahan yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya, kesesakan lalulintas dan kesalahan yang berkait dengan perkhidmatan teksi. |
Kategori 2 | Kesalahan yang aktif dan berkait rapat dengan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalanraya. |
Kategori 3 | Kesalahan yang pasif yang berkait rapat dengan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pihak lain dan juga kesalahan yang menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan. |
Kategori 4 | Lain-lain kesalahan selain daripada Kategori 1,2 dan 3 (yang tidak menyumbang kepada kemalangan jalan raya). |
Cara Bayar Saman JPJ Online
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, saman yang telah dikeluarkan boleh dibayar di tempat-tempat seperti berikut, iaitu
- Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
- Melalui perkhidmatan e-Services.
Cara-cara untuk bayar saman JPJ adalah seperti ketetapan berikut:
- Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen yang diperlukan.
- Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
- Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
- Bayaran boleh dibuat secara tunai.
- Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos / Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
- Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan e-Services.
Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun. Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ.
Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 , bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut:
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk anda semua di luar sana.