Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Bayaran Pencen 2024: Jadual Bulanan Pesara JPA

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan tarikh bayaran pencen 2024 untuk makluman semua pesara Kerajaan di luar sana.

Isi Kandungan

Faedah Persaraan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Secara ringkasnya, antara faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara Kerajaan adalah

  1. Ganjaran Perkhidmatan (one-off).
  2. Pencen Perkhidmatan (bulanan).
  3. Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (one-off).
  4. Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dan lain-lain.

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.

Untuk makluman, terdapat beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.

Tarikh Bayaran Pencen 2024

Menurut Bahagian Pencen JPA, tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan jadual berikut.

BulanTarikh Bayaran Pencen 2024HariCatatan
Januari19 Januari 2024JumaatHari Thaipusam (25 Januari 2024)
Februari21 Februari 2024RabuTahun Baru Cina (10 & 11 Februari 2024)
Mac21 Mac 2024Khamis
April19 April 2024JumaatHari Raya Puasa (10 & 11 April 2024)
Mei17 Mei 2024JumaatHari Pesta Keamatan (30 & 31 Mei 2024)
Jun12 Jun 2024RabuHari Gawai (1 & 2 Jun 2024)
Hari Raya Haji (17 & 18 Jun 2024)
Julai17 Julai 2024Rabu
Ogos21 Ogos 2024Rabu
September20 September 2024Jumaat
Oktober22 Oktober 2024SelasaHari Deepavali (31 Oktober 2024)
November21 November 2024Khamis
Disember18 Disember 2024RabuHari Krismas (25 Disember 2024)
Tarikh Bayaran Pencen 2024

Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) 2024

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) untuk tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan oleh Kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.

Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Tarikh Bayaran Pencen 2024: Jadual Bulanan Pesara JPA 1
Bayaran Pencen 2024

Penjelasan Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% Kepada Pesara

Pesara akan menerima amaun pencen asal sebagaimana keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023.

Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKPP) pula diberikan mulai Julai hingga Disember 2023 menjadikan jumlah bayaran pencen yang diterima sama seperti Jun 2023.

Kategori PesaraAmaun Pencen Jun 2023Amaun Pencen Julai – Disember 2023
Pesara Sebelum 2013
Pesara A: Gred N17
RM1,413.49
(Amaun Pencen Asal pada Disember 2012)
RM1,757.43RM1,413.49
(Amaun Pencen Asal)
+
RM343.94
(PKKP)
=
RM1,757.43
Pesara Mulai 2013
Pesara B: Gred N22
RM2,093.89
(Amaun Pencen Asal pada November 2021)
RM2,178.47RM2,093.89
(Amaun Pencen Asal)
+
RM84.58
(PKKP)
=
RM2,178.47
Bayaran Pencen 2024

Bayaran Inisiatif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Belanjawan 2024: Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Antara inisiatif awal yang akan diberikan adalah seperti ketetapan berikut:

  • RM2,000 – Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah (termasuk lantikan kontrak).
  • RM1,000 – Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) & Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Tarikh Bayaran Pencen 2024: Jadual Bulanan Pesara JPA 2

Semakan Penyata Pencen

Anda boleh dapatkan Penyata Pembayaran Pencen anda pada pautan berikut

>>>Penyata Pembayaran Pencen Disini<<<

atau boleh dapatkan dari aplikasi MyPesara.

Semoga perkongsian bayaran pencen 2024 ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More