Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini Maklumat Bayaran STR Fasa 4

Bayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima tidak lama lagi.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Selain itu, dalam ucapannya juga beliau mengumumkan mengenai bantuan bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2023 kepada rakyat Malaysia yang layak.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Isi Kandungan

Bayaran STR Fasa 4

Seperti yang kita semua sedia maklum, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah melalui 3 Fasa pembayaran iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Sebanyak 8.7 juta B40 telah menerima Bayaran STR antara RM100 hingga RM800.

Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023. Manakala Bayaran STR Fasa 3 pula telah diagihkan bermula 26 Jun lalu. Oleh itu, kini Bayaran STR Fasa 4 pula akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Bayaran STR Fasa 4

Maklumat Bayaran STR Fasa 4

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori

Pendapatan Bulanan

Bilangan Anak

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Isi Rumah (Tiada Had Umur)

RM2500 ke bawah

0

RM200

1 – 2

RM600

3 – 4

RM900

5 dan lebih

RM1200

Isi Rumah (Tiada Had Umur)

RM2500 – RM5000

0

RM0

1 – 2

RM0

3 – 4

RM300

5 dan lebih

RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 Tahun Ke Atas)

RM5000 ke bawah

0

RM200

Bujang (21 – 59 Tahun)

RM2500 ke bawah

0

RM0

Bujang OKU (19 – 59 Tahun)

RM2500 ke bawah

0

RM0

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

  • Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat mulai November 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More