Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 BENGKUNG UNTUK IBU BERPANTANG

Bengkung adalah amalan penting semasa berpantang. Dengan membarut perut, dapat mengempiskan perut, mengembalikan bentuk tubuh yang asal dan juga elak perut menggeleber.

Bagi ibu yang bersalin normal, boleh mula berbarut perut dalam minggu pertama pantang, namun bagi ibu yang bersalin pembedahan, perlu tangguhkan seketika pemakaian ini supaya luka sembuh sepenuhnya atau boleh pilih pakaian mengempiskan perut yang sesuai untuk ibu yang bersalin pembedahan.

JENIS BENGKUNG

Amatlah penting bagi anda untuk mencari jenis kain yang sesuai dengan kulit dan tubuh anda. Hal ini kerana, jika anda tidak mengambil serius akan cara ini, ia akan memudaratkan si pemakai. Pastikan anda memilih material atau jenis kain yang mempunyai daya serap peluh yang baik serta tidak membuatkan kulit anda alahan atau melecet apabila memakai selama beberapa jam. Antara jenis kain yang sesuai untuk ibu berpantang adalah dari:

  1. Kain cotton
  2. Kain viscose
  3. Kain velcro
  4. Kain yang tidak mudah berbulu

Terdapat beberapa jenis pemakaian bagi jenis ini. Ibu boleh memilih berdasarkan kesesuaian dan keselesaan pemakaian semasa berpantang. Asalkan ianya masih lagi berfungsi dalam konteks pemakaiannya. Ayuh kita lihat jenis yang ada untuk pemilihan ibu berpantang!

1. Bengkung Bertali / Bengkung Tradisional

6 BENGKUNG UNTUK IBU BERPANTANG 1

Pemakaian jenis tradisional ni memang mudah nak pakai. Boleh pakai sambil berdiri atau berbaring.

Sebaiknya dililit dan dipakaikan oleh orang lain yang pandai atau mak bidan anda. Nak melilit dan mengikat pakaian ini perlukan kemahiran dan kekuatan tangan.

Agak sukar pakai bagi jenis begini sebab tak boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain dan mengambil masa yang lama untuk dipakai. Selain itu ianya dilihat kurang fleksibel kerana kesukaran untuk membuka dan memakainya kembali.

2. Bengkung Lilitan Jawa

6 BENGKUNG UNTUK IBU BERPANTANG 2

Bagi jenis ini banyak jenis material yang orang pakai. Jenis kain biasanya jenis cotton belacu. Bagi jenis ini panjangnya ada yang 7 meter, 12 meter dan bermeter-meter.

3. Bengkung Tali Zig Zag

6 BENGKUNG UNTUK IBU BERPANTANG 3

Alat ini seperti bengkung tradisional tapi dari segi bentuknya seakan sama cuma telah dimudahkan fungsinya.

Bengkung zig zag ini size nye tak boleh di ubah. kena pastikan beli size yang betul.

4. Bengkung Bertali / Barut

6 BENGKUNG UNTUK IBU BERPANTANG 4

Boleh dipakai sambil berdiri atau berbaring. Kejap, sangat mudah dipakai dan mudah di buka cuma kena longgarkan bahagian bawah sekiranya ingin ke toilet. Ianya lebih fleksibel dan senang dari segi pemakaiannya. Ini kerana anda boleh memakainya juga sendiri tanpa bantuan orang lain.

5. Bengkung Moden Sarung (Tube)

6 BENGKUNG UNTUK IBU BERPANTANG 5

Fleksible dan paling sesuai untuk ibu baru bersalin, Sangat mudah dipakai, hanya sarungkan sahaja. Boleh dipakai mengikut kesesuaian tubuh.

6. Bengkung 3 dalam 1

6 BENGKUNG UNTUK IBU BERPANTANG 6

Pakaian berpantang jenis tradisional yang dimodenkan ini lebih cepat, selesa diguna ke mana sahaja. Bagi pilihan pakaian alternatif tambahan ini kebiasaannya ada didatangkan dalam bentuk free size dan boleh disesuaikan dengan saiz badan. Boleh laras dan lebih elastic. Inilah yang menyebabkan ianya lebih sesuai untuk semua jenis saiz badan.

Terdapat 3 helai dan di pakai berasingan. Bagi mereka yang mencari jenis ini, anda boleh rujuk di dalam artikel ini. Ibu ibu boleh melihat kebaikan barut perut jenis ini. 10 barut perut untuk ibu berpantang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More