Beriberi – Simptom, Punca dan Pencegahan
Beriberi adalah penyakit berpunca daripada kekurangan vitamin B-1. Terdapat dua jenis penyakit ini iaitu basah dan kering. Beriberi basah mempengaruhi jantung dan sistem pengaliran darah. Dalam kes yang kronik, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Selain itu, beriberi kering pula merosakkan saraf dan boleh melemahkan kekuatan otot sehingga lumpuh. Penyakit ni boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Isi Kandungan
Simptom Beriberi
Gejala amat berbeza dan bergantung pada jenisnya.
- Gejala beriberi basah termasuk:
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Sesak nafas apabila bangun dari tidur atau berehat
- Degupan jantung yang cepat
- Kaki atau tapak kaki bengkak
- Gejala beriberi kering termasuk:
- Melemahkan otot badan, terutamanya di bahagian kaki
- Kehilangan rasa di kaki dan tangan
- Sakit badan
- Pening atau ada perasaan mabuk
- Susah untuk bercakap
- Mual dan muntah
- Pergerakan mata yang tidak disengajakan
- Lumpuh (selepas otot menjadi terlalu lemah)
Faktor lain juga boleh menyebabkan kekurangan thiamine:
- Genetik (keadaan yang jarang berlaku yang menghalang tubuh menyerap thiamine)
- hyperthyroidism (kelenjar tiroid yang terlalu aktif)
- Loya dan muntah yang melampau semasa mengandung
- Pembedahan bariatric
- Kerap cirit-birit atau penggunaan diuretik (ubat yang membuat anda lebih kerap membuang air kecil)
- Menjalani dialisis buah pinggang
Punca Beriberi
Penyebab utama adalah kekurangan vitamin thiamine. Penyakit ini amat jarang terjadi di negara yang mempunyai akses makanan yang diperkayakan dengan vitamin. Sebagai contoh bijirin sarapan pagi dan roti bijirin penuh. Ia paling sering terjadi di negara – negara di mana dietnya termasuk beras putih yang diproses dan kekurangan nutrien. Beras putih yang hanya memiliki 1/10 daripada jumlah thiamine di dalam beras perang (brown rice).
Sekiranya anda mengamalkan makanan yang kaya dengan thiamine, anda mampu menjauhi beriberi lebih lama. Hari ini, beriberi kebanyakannya berlaku kepada kaki arak yang mengalami gangguan penggunaan alkohol. Namun, penyakit ini dapat dilihat pada wanita yang mengalami mual dan muntah yang melampau semasa mereka hamil serta ada juga yang dikesan pada orang berpenyakit AIDS.
Pencegahan Beriberi
Anda akan memerlukan satu siri ujian perubatan untuk menentukan sama ada anda menghidap atau tidak. Ujian-ujian ini termasuklah ujian darah dan air kencing untuk mengukur tahap thiamine dalam badan anda. Sekiranya badan anda menghadapi masalah untuk menerima vitamin ini, anda akan mempunyai kepekatan thiamine yang rendah dalam darah anda dan kepekatan tinggi dalam air kencing anda. Pemeriksaan fizikal akan memberi amaran kepada doktor anda untuk sebarang masalah jantung anda. Denyutan jantung yang cepat, pembengkakan kaki bawah, dan kesukaran bernafas adalah semua gejala beriberi. Apa yang menggerunkan lagi adalah penyakit selepas itu.
Seterusnya, doktor akan melakukan pemeriksaan neurologi terhadap anda untuk mencari simptom-simptom penyakit beriberi. Antaranya ialah kesukaran berjalan, kelopak mata terkulai, dan refleksi badan yang lemah. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi kronik. Pada tahap itu, pesakit akan menunjukkan kehilangan ingatan, kekeliruan, atau khayalan.
Selepas pemerkisaan, anda akan diberikan supplement khusus untuk menaikkan vitamin thiamine dalam badan anda. Ini kerana, penyakit ini mudah dirawat dengan makanan tambahan tiamin. Doktor anda akan beri ubat air atau pil thiamine. Kesihatan anda akan dipantau dengan ujian darah berkali – kali untuk melihat keadaan tubuh anda menerima vitamin. Sekiranya beriberi dikesan dan dirawat lebih awal, tiada kesulitan akan berlaku. Kerosakan saraf dan jantung biasanya dapat dipulihkan ketika terkena pada peringkat awal. Pemulihan selalunya cepat setelah anda memulakan rawatan
Makanan Kaya Dengan Thiamine
Untuk mengelakkan penyakit ini senang sahaja. anda perlu tambahkan makanan yang sihat dan seimbang yang merangkumi makanan yang kaya dengan tiamin dalam menu harian anda. Ini termasuk:
- Kacang
- Daging
- Ikan
- Bijirin penuh
- Kacang
- Tenusu
- Sayur-sayuran tertentu, seperti asparagus, kubis brussel, bayam, dan sayur bit
Anda boleh dapatkan garis panduan pengendalian penyakit ini website Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Beriberi – Simptom, Punca dan Pencegahan ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik untuk dibaca: Penyakit Migrain, Penyakit Taun, Penyakit Rabies, Penyakit Strok, Penyakit Gout,