BEZA Antara Baking Soda & Baking Powder
Kedua-duanya mempunyai ciri dan warna yang seakan sama. Fungsi utamanya juga sama iaitu sebagai serbuk penaik.
Kadangkala dalam sesuatu situasi kita mudah terkeliru akan kedua bahan ini.
Di sini dikongsikan perbezaan di antara Baking Soda dan Baking Powder
Isi Kandungan
Perbezaan Baking Soda & Baking Powder
Baking Soda
- Baking soda / soda bikarbonat adalah sebagai ejen penaik masa proses penghasilan kek, biskut dan roti.
- Mengandungi satu bahan sahaja iaitu sodium bikarbonat.
- Bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
- Bila baking soda bertindak balas dengan bahan-bahan yang mempunyai asid (contoh: susu), ia akan menghasilkan gas karbon dioksida dan apabila di bakar ia akan mengembang, disebabkan ini kek, biskut dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.
- Dari segi rasa, tidak begitu menyenangkan iaitu berasa pahit dan seakan rasa metalik kerana ia adalah alkali. Jadi dinasihatkan anda tidak meletakkannya terlalu banyak kerana ia akan memberikan kesan pada rasa kek.
Baking Powder
- Gabungan di antara dua bahan iaitu baking soda + campuran ejen berasid (biasanya cream of tartar).
- Akan terus bertindakbalas menghasilkan gas karbon dioksida apabila bercampur dengan adunan yang mengandungi cecair.
- Terdapat 2 jenis baking powder :-
SINGLE ACTION baking powder – mula bertindakbalas sebagai ejen penaik apabila bercampur dengan cecair dan kemudian menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan gelembung udara terbentuk menjadikan kek dan biskut lebih ringan & berongga. Jenis ini digunakan dalam kebanyakan kek.
DOUBLE ACTION baking powder – bertindak dua kali lebih kuat dari biasa. Terdapat dua tindak balas yang terhasil iaitu apabila ia bercampur dengan cecair dan kemudian tindak balas berlaku sekali lagi apabila ia diletakkan di dalam haba yang tinggi, menjadikan kek lebih stabil dan gebu. Jenis ini digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya.
Cara untuk Semak Keberkesanan Kedua Bahan ini Sebelum Guna
Baking Soda
– campurkan serbuk baking powder dengan sedikit cuka. Jika buih terhasil maknanya baking soda masih elok untuk digunakan.
Baking Powder
– masukkan sesudu kecil baking powder ke dalam secawan air. Jika buih terhasil di permukaan air itu menandakan baking powder masih elok untuk digunakan.
#BakeristicShares #KedaiBahanKekPenang #BahanBakeriPenang
Kredit to owner
SUMBER : Resepi Santai