Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2023
Berikut kami kongsikan sebuah biasiswa yang kini dibuka iaitu Biasiswa Daikin Malaysia bagi tahun 2023 untuk makluman semua yang layak.
Isi Kandungan
Program Biasiswa Daikin Malaysia 2023
Syarikat Daikin adalah sebuah syarikat perkilangan penghawa dingin multinasional Jepun yang mempunyai beribu pejabat di Osaka. Daikin adalah pencipta sistem penyaman udara yang mempunyai operasi di beberapa negara seperti Jepun, China, Filipina, Australia, India, Asia Tenggara, Eropah, Amerika Utara, dan Amerika Selatan.
Daikin juga menyediakan program biasiswa kumpulan Daikin Malaysia 2023 yang kini dibuka dan akan ditutup pada 31 Disember 2023.
Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Biasiswa Daikin Malaysia ini, pelajar mestilah memenuhi semua kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar sepenuh masa.
- Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda.
- Sudah mendapat penerimaan ke Universiti Malaysia (IPTA / IPTS). Keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari IPTA.
- Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempamerkan kualiti kepimpinan yang cemerlang.
- Kemahiran komunikasi yang kuat.
- Mempunyai sikap yang positif.
- Sihat dari segi perubatan.
- Tidak menerima sebarang bantuan kewangan lain daripada mana-mana organisasi.
- Pelajar yang bebas daripada sebarang kewajipan pekerjaan di masa hadapan.
- Keutamaan akan diberikan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM5,000 sebulan atau ke bawah.
- Mempunyai keputusan akademik yang baik seperti ketetapan berikut:
Pelajar yang akan mendaftar ke program ijazah tahun pertama | – SPM atau setaraf dengan minima 6A dan lulus semua mata pelajaran. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malaysia. – STPM / Pra-Universiti / Matrikulasi Tempatan / Diploma / Asasi dengan minima CGPA 3.00 & ke atas. – MUET dengan minima Band 4. |
Pelajar yang sedang mengikuti program ijazah tahun 1 | – SPM atau setaraf dengan minima 6A dan lulus semua mata pelajaran. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malaysia. – STPM atau setaraf dengan minima 2A dan lulus semua mata pelajaran. – MUET dengan minima Band 4. – Minima GPA atau PNGK semasa adalah 3.00. |
Cara Membuat Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia
Borang permohonan boleh dimuat turun dari portal rasmi Daikin Malaysia Group atau pada pautan berikut
>>>Tekan Disini Untuk Memuat Turun Borang Permohonan<<<
Permohonan kini dibuka dan akan ditutup pada 31 Disember 2023. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian berikut:
- Cik Kay Lee Yen Hui (603-6145 8632)
- Cik Farah Syuhada Binti Mohd Rosli (03-6145 8378)
- Cik Chong Pui Theng (603-6145 8603)
Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui softcopy atau hardcopy.
(Softcopy): Serahkan kepada [email protected] dengan semua dokumen dilampirkan dalam format PDF.
(Hardcopy): Hantar dokumen lengkap ke alamat berikut:
DAIKIN MALAYSIA SDN. BHD.
Lot 60334, Persiaran Bukit Rahman Putra 3,
Taman Perindustrian Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh, Selangor D.E. Malaysia.
Jenis Kursus Yang Layak Membuat Permohonan
Jenis kursus yang layak untuk membuat permohonan Ijazah Sarjana Muda adalah dalam bidang berikut:
- Kejuruteraan (sebaik-baiknya dalam Elektrik & Elektronik, Mekanikal, Mekatronik, Pembuatan).
- IT / Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian / Sains Data / Analisis Data.
- Perakaunan.
- Perniagaan / Pengurusan.
Proses Pemilihan Kelayakan
Pemilihan akan dibuat berdasarkan ketetapan berikut:
- Hanya pelajar yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan 2 minggu selepas tarikh akhir permohonan.
- Pemilihan akhir akan berdasarkan keputusan temuduga.
Permohonan-permohonan yang tidak akan diproses adalah
- Penyerahan dokumen yang tidak lengkap.
- Pelajar yang tidak memenuhi kriteria syarat kelayakan permohonan.
- Permohonan diterima selepas tarikh akhir.
Kewajipan Pemohon
Pelajar yang diterima menerima biasiswa ini perlu memenuhi segala kewajipan seperti berikut:
- Melayani ikatan dengan syarikat yang menawarkan biasiswa untuk penaja tempoh minimum.
- Ikatan akan dimulakan serta-merta selepas tamat kursus ijazah dengan surat pelantikan diberikan dalam tempoh 3 bulan.
- Pelajar akan dikehendaki bekerja di syarikat penaja atau mana-mana syarikat subsidiari dalam Kumpulan Daikin Malaysia.
- Melakukan latihan amali di syarikat penaja atau di mana-mana anak syarikat dalam Kumpulan Daikin Malaysia semasa cuti semester.
- Pelajar hendaklah membayar balik 100% daripada yuran biasiswa sekiranya dia meletakkan jawatan daripada syarikat atau ditamatkan dalam tempoh ikatan.