Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor Dengan Kerjasama Yayasan TM

Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa Future Leaders bagi tahun 2024 yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Permohonan Biasiswa Future Leaders

Yayasan Selangor bersama Yayasan Telekom Malaysia (TM) menawarkan Biasiswa Future Leaders kepada pelajar yang sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa.

Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor Dengan Kerjasama Yayasan TM 1
Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor Dengan Kerjasama Yayasan TM 2

Menurut Yayasan Selangor, tawaran itu khusus untuk siswa Universiti Awam (UA), Universiti Selangor, Universiti Islam Selangor dan Universiti Multimedia dalam bidang Teknologi dan Digital.

Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor Dengan Kerjasama Yayasan TM 3

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat permohonan Biasiswa Future Leaders bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan PELAJAR TAHUN PERTAMA IJAZAH SARJANA MUDA yang sedang mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan atau Universiti Selangor atau Universiti Islam Selangor atau Universiti Multimedia (MMU) yang mengambil kursus pengajian berkaitan Teknologi dan Digital.
  2. Pemohon tidak menerima sebarang penajaan atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara.
  3. Umur tidak melebihi 25 tahun.
  4. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia.
  5. Pemohon / Ibu / bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
  6. Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor juga layak memohon namun keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Selangor.
  7. Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  8. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / ASASI / MATRIK / DIPLOMA.
  9. Pencapaian minimum 6A bagi pemohon lepasan SPM.
  10. Pencapaian minimum GPA 3.3 bagi pemohon selain lepasan SPM.
  11. Cemerlang dalam bidang akademik dan aktif kokurikulum / sukan.
  12. Pemohon membuat permohonan pada waktu yang ditetapkan.
  13. Pemohon yang pernah mendapat tajaan Yayasan Selangor di peringkat menengah melalui Program Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) / ‘High Potential Student’ (HIPERS) / Program Tingkatan Enam (PTE) perlu melampirkan Salian Sijil Anak Yayasan sebagai pengesahan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa Future Leaders bagi tahun 2024 kini dibuka sehingga 13 September 2024 dan permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Biasiswa ‘Future Leaders’ pada pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Biasiswa Future Leaders<<<

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi perludiserahkan melalui serahan tangan atau pos berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 13 September 2024, jam 4.00 petang di alamat berikut:

Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Semua permohonan akan disaring dan disenarai pendek oleh Yayasan Selangor sebelum diserahkan kepada Yayasan Telekom Malaysia yang akan menentukan Senarai Penerima Akhir yang akan ditawarkan penajaan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Future Leaders ini, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi 03 – 7669 1153 / 03 – 7669 1188 / 03 – 7669 1213.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More