Permohonan Biasiswa Karangkraf Scholarship Tahun 2025
Berikut adalah info terkini mengenai permohonan Biasiswa Karangkraf yang sedang dibuka kepada yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Apa Itu Biasiswa Karangkraf?
Biasiswa Karangkraf adalah biasiswa yang diberikan kepada pelajar yang berkelayakan menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih.
Ianya merupakan satu inisiatif CSR yang dibentuk oleh Karangkraf bagi memastikan semua pelajar tidak terlepas peluang dalam melanjutkan pengajian yang lebih tinggi walaupun berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Dana Pendidikan Karangkraf tidak memperuntukan sebarang wang tunai. Dana Pendidikan Karangkraf akan menanggung segala kos yuran pengajian.
Kos sara hidup sepanjang program ini tidak di tanggung oleh Dana Pendidikan Karangkraf.
Senarai IPTS
Berikut adalah IPTS yang tersenarai di bawah tajaan Biasiswa Karangkraf, iaitu:
- KLMUC
- UNISELS
- SEGI University
- UNIRAZAK
- UNITAR
Nota: Perubahan terhadap senarai ini bergantung atas kekosongan kuota permohonan dalam masa tertentu.
Kenapa Biasiswa Karangkraf Tidak Membiayai Pelajar Ke IPTA?
Kebiasaannya pelajar yang mendapat tawaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah golongan pelajar yang cemerlang dan mudah mendapat bantuan pelajaran mahupun penajaan dari pelbagai organisasi.
Objektif Biasiswa Karangkraf adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang namun masih berpotensi untuk meneruskan pengajian di IPTS.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat permohonan Biasiswa Karangkraf mestilah mengikut polisi dan peraturan yang telah ditetapkan dan diwajibkan, iaitu:
- Terbuka kepada Rakyat Malaysia yang berumur kurang daripada 25 tahun.
- Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM (minimum 8 kepujian), STPM / Matrikulasi / Diploma atau yang setaraf dengannya (PNGK sekurang-kurangnya 3.00).
- Fasih dan boleh menulis dengan baik di dalam Bahasa Inggeris.
- Bersedia untuk berkhidmat dengan Kumpulan Karangkraf selepas tamat tempoh pengajian (jika diarahkan).
- Aktif di dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
- Bersedia untuk memasuki kursus yang ditawarkan.
- Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana pendidikan atau pinjaman pendidikan (melainkan yang dibenarkan oleh Kumpulan Karangkraf).
- Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM 5,000 sebulan.
- Telah menerima SURAT TAWARAN di IPTS yang terpilih (rujuk senarai IPTS).
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa Karangkraf kini dibuka dan permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati secara dalam talian (online) pada pautan berikut:
>>>Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf<<<
Sila isi borang ini dengan jelas dan terang. Segala dokumen dan salinan-salinan sijil yang diperlukan bagi menyokong permohonan ini hendaklah diakui sah.
Borang permohonan ini hendaklah di hantar ke alamat berikut mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
SEKRETARIAT BIASISWA KARANGKRAF
BIASISWA KARANGKRAF, KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF,
LOT 2, JALAN SEPANA 15/3
SEKSYEN 15, 40200
SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
E-mel: [email protected]
Telefon: 03 – 5101 7565 / 7560
No. Faks: 03 – 5101 7588
Facebook: Biasiswa Karangkraf
Pihak Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf berhak untuk menolak permohonan jika tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Keputusan adalah muktamad.
Dokumen Sokongan
Antara dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk penyerahan adalah seperti berikut:
- Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (bahagian hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama).
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran daripada percetakan laman web IPTS boleh diterima).
- Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan dan Sijil Kelayakan kemasukan lain. Contoh: STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI.
- Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Persaraan / Salinan Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan.
- Surat / Surat Pengesahan Menganggur Ibu, Bapa, Jaminan 1 dan 2.
- Salinan Kad Pengenalan / Pasport Ibu dan Bapa.
- Salinan Kad Pengenalan / Pasport PENJAMIN 1 dan 2.
- Salinan Sijil Kematian / Akuan Berkanun jika Ibu Bapa telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Karangkraf ini, anda boleh rujuk portal rasmi Biasiswa Karangkraf dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!