Tawaran Penajaan Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor 2024
Berikut adalah info terkini mengenai Tawaran Penajaan Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor bagi tahun 2024 yang kini sedang dibuka.
Isi Kandungan
Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara
Pelajar adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara bagi Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah di Timur Tengah seperti
- Mesir,
- Jordan, dan
- Maghribi.
Kadar Pembiayaan
Kadar bayaran atau pembiayaan oleh Menteri Besar Negeri Selangor adalah seperti berikut:
Negara | Peringkat Pengajian | Jumlah Pembiayaan |
---|---|---|
Mesir | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Arab dan sebagainya | RM 6,500.00 Setahun |
Mesir | Ijazah Sarjana Pengajian Islam / Arab dan sebagainya | RM 9,600.00 Setahun |
Jordan | Semua Peringkat Pengajian | RM 15,000.00 Setahun |
Maghribi | Semua Peringkat Pengajian | RM 15,000.00 Setahun |
Pengurangan Bayaran Balik
Pembiayaan yang diberikan dalam bentuk Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah akan diberikan pengurangan bayaran balik berdasarkan keputusan terakhir peperiksaan dan dasar semasa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat-syarat am seperti berikut:
- Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
- Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.
Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian SEPENUH MASA pada peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah di Universiti yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi.
Pemohon BUKAN pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
Seterusnya, pendapatan Isi Rumah adalah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
Pelajar, Ibu, Bapa, Ahli Keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.
Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).
Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat akademik seperti berikut:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu; dan
- Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya JAYYID (GOOD) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM selain mata pelajaran Bahasa Melayu; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (JAYYID) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor bagi tahun 2024 ini kini dibuka bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 Jun 2024 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor (SPPS) pada pautan berikut:
>>>Permohonan Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor Tahun 2024<<<
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:
- Facebook Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor; atau
- Portal Pembiayaan Pelajaran Negeri Selangor; atau
- Hubungi Unit Permohonan Di Talian: 03 – 5521 2275 / 5544 7484 / 7480.
Selain itu, terdapat juga biasiswa lain seperti Biasiswa MBAM 2024, Biasiswa Bank Rakyat 2024, Biasiswa Pengajian Ke Timur Tengah 2024, Biasiswa Dana Pendidikan BMA 2024, yang kini sedang dibuka.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!