Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biasiswa PAM Inovar Scholarship Award Tahun 2024

Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa PAM Inovar Scholarship Award bagi tahun 2024 yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Mengenai Biasiswa PAM Inovar

Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) kini menjemput pelajar dari universiti-universiti berikut atau mana-mana universiti Malaysia yang diiktiraf LAM yang layak untuk Anugerah Biasiswa ini untuk mengemukakan permohonan.

Biasiswa ini terbuka kepada Ahli Pelajar PAM yang mengikuti program seni bina PART 2 Malaysia.

  • Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam (UITM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Taylors (TU)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • UCSI University Kuala Lumpur (UCSI)
  • Universiti Teknologi Sarawak (UTS)
  • Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)

atau mana-mana universiti Malaysia Bertauliah LAM yang lain.

Biasiswa PAM Inovar Scholarship Award Tahun 2024 1

Garis Masa Permohonan

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan untuk makluman semua pemohon:

AktivitiTarikh
Permohonan Dibuka17 Julai 2024
Permohonan Ditutup17 Ogos 2024
Tempoh Yang Disenarai Pendek (Shortlisted Period)18 Ogos 2024 – 30 Ogos 2024
Sesi Temuduga10 September 2024
Penyampaian Anugerah – Makan Malam Tahunan PAM 2025Mei 2025 / Jun 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat Permohonan Biasiswa PAM Inovar bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Biasiswa ini terbuka kepada Ahli Pelajar PAM yang mengikuti Program Seni Bina (Bahagian 2) daripada sekolah bertauliah LAM di Malaysia.
  2. Biasiswa ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa PAM Inovar bagi tahun 2024 kini dibuka sehingga 17 Ogos 2024 dan permohonan boleh dibuat pada Borang Permohonan seperti pada pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Biasiswa PAM Inovar Tahun 2024<<<

Penyerahan Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dibuat dalam Format Digital dan dihantar melalui e-mel kepada [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan.

Sebarang permohonan yang tidak diluluskan oleh Ketua Sekolah dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sila sertakan dokumen sokongan pendapatan isi rumah.

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temuduga.

Dokumen Sokongan

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut bersama-sama Borang Permohonan, iaitu:

  1. Borang Permohonan.
  2. 1 Keping Gambar Saiz Berukuran Pasport.
  3. Curriculum Vitae (CV) / Resume.
  4. Transkrip Akademik (Semester Terkini).
  5. Dokumen Sokongan (Sijil, Surat, Portfolio, Pendapatan Isi Rumah, Aktiviti Kurikulum atau Apa-apa Dokumen Berkaitan Permohonan).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Biasiswa PAM Inovar ini, sila rujuk portal rasmi Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM).

Biasiswa PAM Inovar Scholarship Award Tahun 2024 2

Selain itu, terdapat juga biasiswa dan bantuan pendidikan lain seperti

yang kini sedang dibuka. Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More